AirAsia X kini ke Tehran dari Kuala Lumpur dan Bangkok!

TEHRAN, 14 MEI 2016

Photo 1 - AirAsia X now flies direct to Tehran
Nadda Buranasiri, CEO of Thai AirAsia X Co Ltd (4th from left), YBhg Datuk Kamarudin Meranun, Group Chief Executive Officer of AirAsia X (centre) and Benyamin Ismail, CEO of AirAsia X Berhad (4th from right) announced its latest route to Tehran from Kuala Lumpur and Bangkok today.
  • Destinasi ke-20 AirAsia X Berhad dan destinasi ke-5 Thai AirAsia X dalam rangkaian laluan masing-masing
  • Penerbangan dari Kuala Lumpur akan bermula pada 21 Jun dan dari Bangkok pada 22 Jun

AirAsia X Berhad (kod penerbangan D7) dan Thai AirAsia X (kod penerbangan kod XJ) mengumumkan Tehran sebagai destinasi terbaru dalam rangkaian laluan Kumplan AirAsia X, menghubungkan Kuala Lumpur dan Bangkok terus ke Tehran, ibu negara Iran.

Penerbangan terus dari Kuala Lumpur (klia2) dan Bangkok (Lapangan Antarabangsa Don Mueang) dengan kekerapan penerbangan sebanyak tiga kali (3 x)  seminggu akan masing-masing memulakan operasi pada 21 Jun 2016 dan 22 Jun tahun 2016.

Majlis pelancaran yang diikuti dengan sidang media diadakan di Tehran hari ini dan dihadiri oleh Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, serta Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad dan Nadda Buranasiri, Ketua Pegawai Eksekutif, Thai AirAsia X Co Ltd.

Sempena pelancaran laluan baru ini, Kumpulan AirAsia X menawarkan promosi tambang termasuk semua dari serendah RM299* sehala bagi tempat duduk ekonomi dan dari serendah RM999* sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed untuk penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur; manakala Thai AirAsia X menawarkan tambang termasuk semua dari serendah THB2,990* sehala bagi tempat duduk ekonomi dan dari serendah THB9, 900* sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed untuk penerbangan yang berlepas dari Bangkok. Tambang promosi ini boleh didapati untuk tempahan secara online di airasia.com dari sekarang sehingga 29 Mei 2016 untuk tempoh perjalanan dari 21 Jun 2016 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur dan 22 Jun 2016 bagi penerbangan yang berlepas dari Bangkok sehingga 22 Mei 2017.

Aplikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone dan Android termasuk laman mudah alih mobile.airasia.com  juga menawarkan cara mudah untuk menempah penerbangan promosi ini.

Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X berkata, "Kami berasa gembira berada di Tehran pada hari ini untuk mengumumkan laluan baru dalam jaringan rangkaian penerbangan kami yang menghubungkan Asia dan Australasia dengan Timur Tengah. Iran mempunyai pertumbuhan ekonomi yang kian meningkat dan Tehran adalah sebuah bandar perniagaan yang pesat membangun. Penarikan balik sekatan ke atas Iran membuka prospek baru Iran sebagai sebuah destinasi pelancongan. Kami percaya bahawa pengaktifan semula penerbangan terus ke Tehran dari Kuala Lumpur adalah tepat pada masanya dan kami menjangkakan bahawa penerbangan terus dari kedua-dua bandar Asean; Kuala Lumpur dan Bangkok boleh meningkatkan hubungan bilateral sambil menggalakkan aktiviti perdagangan dan pelancongan antara bandar-bandar ini."

Nadda Buranasiri, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Thai X berkata, "Pelancaran penerbangan terus ke Tehran adalah kejayaan besar bagi Thai AirAsia X sebagai menandakan penerbangan tambang murah langsung pertama yang menghubungkan Timur Tengah dan rakyat Tehran ke Bangkok dan seterusnya. Penerbangan terus disediakan 3 kali seminggu dan pelancong boleh melancong ke Bangkok pada tambang yang berpatutan. Selain melawat bandar Bangkok yang pesat, pelancong juga boleh boleh melancong dengan mudah ke pantai-pantai yang terkenal di Phuket dan Krabi atau menikmati keindahan bandar-bandar di kawasan Utara seperti Chiang Mai dan Chiang Rai antara lain, melalui jaringan penerbangan AirAsia. Kami juga yakin bahawa Iran adalah sebuah destinasi pelancongan yang mempunyai potensi besar untuk pasaran Thailand dan kami berharap untuk mempromosikan negara yang cantik ini kepada rakyat Thailand melalui penerbangan kami.

Para tetamu yang melancong dari pelbagai destinasi melalui rangkaian luas penerbangan Kumpulan AirAsia juga boleh menggunakan pilihan penerbangan sambungan (Fly-Thru) untuk penyambungan lancar ke Tehran dari bandar domestik atau antarabangsa yang lain. Kumpulan Syarikat penerbangan mempunyai pelbagai hab transit yang memudahkan tetamu menyambung penerbangan ke Tehran dari bandar-bandar lain. Bagasi yang didaftar masuk juga terus ke destinasi akhir tanpa perlu melalui imigresen di hab transit.  

Berlatar belakangkan banjaran gunung Alborz, bandar Tehran adalah ibu negara Iran yang berkembang pesat dengan kepadatan penduduk seramai 14 juta orang. Bandar kosmopolitan ini menempatkan banyak muzium yang hebat, taman dan restoran-restoran tempatan yang menakjubkan. Menara Milad, menara terkemuka di Tehran dengan ketinggian 435 meter adalah menara tertinggi di Iran, sesuai bagi mereka yang ingin melihat pandangan bandaraya tersebut. Manakala Menara Azadi bersejarah yang dibina pada tahun 1971 akan membuat para pelancong berasa kagum dengan 8,000 blok marmar yang bercahaya di bawah lampu khas pada waktu malam dan merupakan salah satu daripada simbol-simbol negara Tehran.

Sebuah lagi senibina menarik di bandar Tehran yang harus dikunjungi adalah tapak Warisan Dunia UNESCO Golestan Palace. Ia adalah sebahagian daripada bekas kompleks Diraja dari zaman Qajar yang merangkumi Istana dan Muzium, dihiasi dengan ukiran marmar dan dewan yang dihiasi cermin.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktivit terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook(facebook.com/AirAsia).

*Tambang termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Tehran, Iran (IKA)
No. Penerbangan Dari Ke Berlepas Tiba
Jadual Penerbangan
D7 776 KUL IKA 1905 hrs 2340 hrs Selasa, Khamis, Ahad
D7 777 IKA KUL 0105 hrs 1245 hrs Isnin, Rabu, Jumaat
Nota: Waktu ketibaan/berlepas adalah waktu tempatan di destinasi masing-masing.

Jadual Penerbangan bagi Bangkok, Thailand (DMK) – Tehran, Iran (IKA)
No. Penerbangan Dari Ke Berlepas Tiba
Jadual Penerbangan
XJ 450 DMK IKA 1510 hrs 2020 hrs Isnin, Rabu, Jumaat
XJ 451 IKA DMK 2150 hrs 0800 hrs Isnin, Rabu, Jumaat
Nota: Waktu ketibaan/berlepas adalah waktu tempatan di destinasi masing-masing.