AirAsia X sedia berkembang lebih pesat sempena sambutan ulang tahun ke-9

SEPANG, 31 OKTOBER 2016

  • Bakal mencapai keuntungan sepanjang tahun selepas mencatat keuntungan 3 suku berturut turut.
  • 99,999 tempat duduk promosi dengan tambang asas bermula dari RM99* sehala, sedia untuk tempahan bermula sekarang sehingga 6 Nov 2016 untuk tempoh perjalanan dari 6 FEBRUARI - 28 OKTOBER 2017.
  • Pesawat istimewa dengan livery khas khusus untuk tetamu dan Allstars serta banyak lagi tawaran istimewa bagi semua tetamu sempena ulang tahun ini.

AirAsia X, syarikat penerbangan tambah rendah jarak jauh menyambut ulang tahunnya yang ke-9 dengan pelbagai keistimewaan. Antara tawaran yang disediakan termasuk promosi tempat duduk dengan tambang asas bermula dari RM99* sehala dan hadiah penerbangan percuma setiap hari.

Benyamin Ismail, CEO AirAsia X Berhad berkata, “Kami telah berkembang dengan begitu pesat sejak kami mula beroperasi pada tahun 2007 yang lalu. Kami kini menawarkan penerbangan ke 23 destinasi merentasi 4 benua dan memiliki 30 pesawat Airbus A330-300 dengan lebih 19 juta penumpang telah diterbangkan Kami telah berjaya melakukan semua ini dalam masa satu dekad sahaja! Ini adalah pencapaian yang besar dan kami tidak mungkin akan dapat melakukannya tanpa dedikasi dari seluruh anggota Allstars dan sokongan yang tidak berbelah bahagi dari tetamu setia kami. "

"Kami berharap agar sambutan ulangtahun yang ke-9 ini akan menjadi sesuatu yang bermakna dengan tawaran 99,999 tempat duduk promosi bermula dari hanya RM99* bagi tambang asas sehala untuk semua tetamu kami. Tawaran ini juga adalah bagi memperingati semula tambang yang telah ditawarkan semasa pelancaran laluan pertama kami iaitu ke Gold Coast, dimana kami bermula untuk merealisasikan impian semua orang untuk terbang. Dan kini tetap meneruskannya walaupun selepas 9 tahun. Sambutan ini menjadi lebih istimewa dengan pesawat yang dilengkapi liveri khas ulangtahun ini dimana ianya didedikasikan untuk semua tetamu dan anggota Allstars yang menjadi tunjak pendorong bagi syarikat ini.

“9 tahun dilalui dengan pelbagai cabaran bagi AirAsia X, namun saya percaya bahawa kami telah melalui keadaan yang paling sukar dan kini sedang menikmati apa yang kita telah usahakan menerusi inisiatif pemulihan berterusan kami. Mencatat keuntungan bagi 3 suku berturut-turut hanyalah satu permulaan; dengan semangat dan kerja keras yang yang diberikan dari setiap seorang anggota Allstars, kami yakin untuk mencapai keuntungan sepanjang tahun dan membawa syarikat penerbangan ini ke tahap yang lebih tinggi. Terima kasih kepada rakan-rakan perniagaan kami, pihak berkuasa lapangan terbang, dan badan-badan pelancongan yang mempercayai dan memberi sokongan kepada kami, termasuk AirAsia X Allstars yang telah menjadikan impian ini suatu kenyataan, "kata Benyamin.

Tempahan sempena promosi ulang tahun yang ke-9 AirAsia X boleh didapati di laman sesawang airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang sehingga 6 Nov 2016 bagi tempoh perjalanan dari 6 Februari - 28 Oktober 2017. Para tetamu yang akan mengambil penerbangan AirAsia X (Penerbangan Kod D7) dan berlepas pada 2 Nov juga akan menikmati makanan panas ala-carte hanya pada harga RM9 dengan pembelian atas kapal, ianya adalah diskaun sebanyak 50% daripada harga asal didalam menu kami.

Sebagai sebahagian daripada pemberian ulang tahun itu, kami juga menyediakan permainan interaktif dalam talian yang dikenali sebagai "AirAsia X Cloud 9 Xperience". Pengumpul markah tertinggi setiap hari di minggu ulang tahun ini iaitu dari 31 Oktober - 6 November 2016 akan memenangi 2 tiket penerbangan pergi balik ke mana-mana destinasi AirAsia X (Kod Penerbangan D7), manakala pengumpul markah terbanyak keseluruhan dalam minggu tersebut juga akan memenangi 2 tiket penerbangan serta tempat penginapan selama 4 malam. Sertai sekarang di cloud9xperience.airasia.com .

AirAsia X mula beroperasi pada tahun 2007 dengan penerbangan sulungnya ke Gold Coast, Australia pada 2 Nov, sejak itu syarikat penerbangan ini telah berkembang pesat dan menerbangkan lebih 19 juta penumpang merentasi seluruh benua. Dengan pencapaian ini, 9 tetamu dari 9 buah negara dalam rangkaian destinasi AirAsia X telah dijemput untuk berkongsi pengalaman perjalanan mereka bersama AirAsia X . Tontoni pengalaman ini sekarang di http://bit.ly/2eRuyAv .

Ikuti promosi dan akitiviti terkini AirAsia X melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

* Promosi tambang asas adalah bagi perjalanan sehala sahaja tidak termasuk cukai dan yuran. Tertakluk kepada terma dan syarat.