Tempah penerbangan AirAsia & AirAsia X dan nikmati diskaun 50% bagi penerbangan balik

Diskaun terhad untuk 50 jam sahaja bermula 1200pm (GMT +8) 16 Mei 2016

SEPANG, 16 MEI 2016

Book flights on AirAsia & AirAsia X and enjoy up to 50% off the return leg

AirAsia dan AirAsia X menawarkan diskaun sebnayak 50% bagi sektor perjalanan balik bagi penerbangan AirAsia dan AirAsia X untuk masa yang terhad selama 50 jam. Promosi ini boleh didapati secara eksklusif di airasia.com dari 16 Mei 2016 (12.00 pm, GMT + 8) hingga 18 Mei 2016 (2.00 pm, GMT + 8) untuk tempoh perjalanan 1 Ogos hingga 30 November 2016.

This limited time promo is applicable for all AirAsia and AirAsia X flights with flight codes AK (AirAsia Malaysia), D7 (Malaysia AirAsia X), FD (AirAsia Thailand), XJ (Thai AirAsia X), QZ (AirAsia Indonesia) international flights, XT (Indonesia AirAsia X), PQ (AirAsia Philippines) and I5 (AirAsia India).

Promosi masa terhad ini adalah untuk semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X dengan kod penerbangan AK (AirAsia Malaysia), D7 (AirAsia X Malaysia), FD (AirAsia Thailand), XJ (Thai AirAsia X), penerbangan antarabangsa QZ (AirAsia Indonesia), XT (Indonesia AirAsia X), PQ (AirAsia Filipina) dan I5 (AirAsia India).

Spencer Lee, Ketua Komersil AirAsia Berhad berkata, “kami berbesar hati untuk menawarkan tetamu AirAsia diskaun sebanyak 50% bagi perjalanan balik mereka. Peluang keemasan ini hanya untuk 50 jam sahaja dan ia merupakan peluang yang terbaik untuk meneroka pelbagai destinasi AirAsia dan AirAsia X, seperti Pattaya, Pontianak, Shantou, Macau, Sapporo dan banyak lagi.”

Sepanjang tempoh promosi, tetamu boleh mendapat dua kali ganda mata ganjaran BIG semasa menempah tempat duduk promosi melalui airasia.com (tidak termasuk penerbangan D7).

Juga termasuk dalam promosi ini adalah pilihan perkhidmatan FlyThru, yang membolehkan para tetamu untuk menyambung ke penerbangan melalui pelbagai hab transit AirAsia, dengan bagasi yang didaftar masuk terus ke destinasi terakhir dan tanpa perlu melalui Imigresen di transit. Dengan perkhidmatan ini, para tetamu boleh melancong antara semua bandar Asia dan Australasia, seperti dari Pulau Pinang ke Sydney melalui Kuala Lumpur, membuat bandar pelabuhan yang indah hanya satu perhentian jauhnya.

AirAsia dan AirAsia X menggalakkan semua tetamu untuk pratempah peruntukan bagasi secara online semasa membuat tempahan penerbangan mereka untuk menikmati tawaran yang terbaik. Selain itu, tetamu juga boleh pratempah atau menambah peruntukan lebih bagasi di airasia.com sehingga 4 jam sebelum waktu yang dijadualkan berlepas menggunakan fungsi Urus Tempahan saya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).