Penjawat awam untuk mendapat manfaat daripada Kad Kesetiaan WPUA AirAsia BIG

PUTRAJAYA, 15 MEI 2016

  • 'Waran Perjalanan Udara Awam' (WPUA) direka secara eksklusif untuk Tetamu AirAsia
  • Larian Sulung AirAsia WPUA menarik lebih 3,500 penjawat awam dan keluarga mereka

Lebih 3,500 penjawat awam meraikan pelancaran Kad Kesetiaan WPUA AirAsia BIG, yang merupakan satu keahlian eksklusif untuk penjawat awam Malaysia di Taman Botani Putrajaya hari ini.

Kad ini telah dilancarkan oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia bersama-sama dengan Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad sebelum bermulanya acara sulung AirAsia WPUA Fun Run.

Aireen Omar berkata, "kami berbangga melancarkan Kad Kesetiaan WPUA AirAsia BIG pada hari ini dan berharap semua penjawat awam akan menggunakan Kad Kesetiaan BIG WPUA ini dan menikmati faedah eksklusif yang diberikan kepada mereka melalui kad khusus ini."

"Kami juga sangat gembira menganjurkan AirAsia WPUA Fun Run pada hari ini. Ia merupakan cara kami untuk mengucapkan terima kasih kepada semua dalam sektor awam di atas sokongan mereka. Kami berharap untuk terus berkhidmat untuk semua tetamu WPUA dan kami akan terus membuat pembaharuan perkhidmatan kami untuk memberi setiap tetamu WPUA mengalami pengalaman perjalanan yang tidak dapat dilupakan," tambah Aireen.

Waran Perjalanan Udara Awam AirAsia direka khas bagi kaiktangan perkhidmatan awam yang melakukan perjalanan atas urusan rasmi. Ia merangkumi pemilihan Hot Seat, peruntukan bagasi 40kg, makanan dan minuman, perkhidmatan daftar masuk express, insurans perjalanan Tune Protect, tempahan sehingga 3 jam sebelum penerbangan berlepas, perubahan penerbangan percuma sehingga 24 jam sebelum berlepas dan kaunter perkhidmatan khas di lapangan terbang.

Kad kesetiaan WPUA AirAsia BIG direka khas untuk semua penjawat awam yang terbang menggunakan waran perjalanan. Mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam kini boleh mendapatkan mata ganjaran BIG apabila mereka berbelanja di airasia.com serta lain-lain rakan niaga melalui kad khas ini, selain daripada lain-lain tawaran eksklusif tersedia hanya untuk tetamu WPUA. Untuk maklumat lanjut, sila layari airasiabig.com.

Larian AirAsia WPUA ditaja oleh rakan-rakan rasmi dari Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia, AirAsia BIG, Tune Protect, Tune Talk dan Tune Hotels manakala pelari telah terhidrat dengan Spritzer dan Nestlé.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AskAirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).