Diskaun eksklusif untuk penerbangan AirAsia hanya di MITM Travel Fair

Potongan sebanyak 20% bagi tambang online untuk penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang terpilih

SEPANG, 4 OGOS 2016

AirAsia, penerbangan tambang rendah terbaik dunia untuk lapan tahun berturut-turut dan syarikat penerbangan rasmi bagi MITM Travel Fair Kuala Lumpur 2016menawarkan diskaun eksklusif sebanyak 20% bagi tambang online, yang boleh didapati sepanjang tiga hari pameran pelancongan tersebut diadakan dari 5 hingga 7 Ogos 2016 di MidValley Exhibition Centre (MVEC) bagi tempoh perjalanan bermula 8 Ogos 2016 ke 6 April 2017.

Pelawat ke kaunter AirAsia di MITM Travel Fair Kuala Lumpur 2016 akan dapat menikmati diskaun eksklusif untuk penerbangan yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia ( kod penerbangan AK), AirAsia Thailand (FD), AirAsia Indonesia (QZ), AirAsia Filipina (Z2) serta AirAsia X (D7) sepanjang pameran pelancongan tersebut diadakan.

Spencer Lee, Ketua Komersil AirAsia Berhadberkata,"Sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di rantau ini, AirAsia juga bekerjasama dengan badan-badan pelancongan untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan terkemuka. Pada tahun lepas sahaja, AirAsia telah menyumbang lebih daripada 51% daripada ketibaan keseluruhan pelancong dari negara ASEAN ke Malaysia, ini mengukuhkan kedudukan Kumpulan AirAsia sebagai pemangkin kepada peningkatan jumlah pelancong di Malaysia. Kami akan lebih berusaha dan akan memperkenalkan lebih banyak laluan dan meningkatkan sambungan penerbangan sambil terus untuk merangsang permintaan pelancongan melalui tambang rendah kami."

Di samping diskaun 20%, tetamu dari Malaysia yang menempah 2 penerbangan pergi-balik ke Macao di kaunter AirAsia dan melakukan perjalanan sebelum 31 Disember 2016 akan menikmati rebat RM200 serta-merta; sementara tetamu yang menempah 2 penerbangan pergi-balik penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7) ke Osaka, Busan, Gold Coast atau Mauritius akan menikmati penjimatan yang lebih besar.

Pelawat di gerai jualan AirAsia boleh menikmati sampel makanan dalam penerbangan secara percuma yang juga termasuk minuman dalam penerbangan jenama T&Co yang popular, aktiviti menyeronokkan, barangan percuma, merasai pengalaman kerusi Premium syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia bagi kali ke-4 – Kerusi Premium Flatbed, belajar bagaimana hiburan dalam penerbangan dan sistem wi-fi roKKi berfungsi, atau berinteraksi dengan rakan-rakan pelancongan AirAsia dari Gold Coast , Maldives, Macao dan Mauritius – salah satu destinasi syarikat penerbangan yang baru dilancarkan.

Ahli-ahli AirAsia-Citi kad dan ahli-ahli kad prabayar BIG MasterCard juga diberi keutamaan di gerai jualan AirAsia untuk membuat tempahan penerbangan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).