Promosi istimewa AirAsia Bantu Rakyat Sarawak Jalan Kewajipan Mengundi

Tambang termasuk semua dari serendah RM49 sehala untuk rakyat Sarawak sepanjang tempoh Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak

SEPANG, 26 APRIL 2016

mb-160425-election-my

AirAsia menawarkan tambang promosi kepada rakyat negeri Sarawak yang merancang untuk pulang sepanjang tempoh pilihan raya DUN Sarawak.  Promosi 'Exercise Your Flight to Vote’, memberikan peluang kepada semua untuk kembali ke kampung halaman untuk menjalankan kewajipan mereka.

Promosi ini adalah bagi laluan Kuala Lumpur ke Kuching, Kota Kinabalu ke Kuching, dan dari Kuching ke Miri, Bintulu dan Sibu. Tambang termasuk semua dari serendah RM49 sehala ada di airasia.com mulai hari ini sehingga 8 Mei 2016 untuk tempoh perjalanan mulai sekarang. 

Tambang promosi ini juga boleh ditempah melalui aplikasi mudah alih AirAsia pada iPhone atau Android serta melaui mobile.airasia.com.

Spencer Lee, Ketua Komersil AirAsia Berhad berkata, "Kami berbesar hati menawarkan promosi khas buat rakyat Sarawak  untuk kembali ke kampung halaman untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Dengan tambang dari serendah RM49 sehala, kami berharap semua rakyat Sarawak akan mengambil kesempatan ini untuk pulang mengundi."

AirAsia beroperasi sebanyak 84 x penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur ke Kuching, 38 penerbangan mingguan ke Sibu, 28 penerbangan mingguan ke Miri, 14 penerbangan mingguan ke Bintulu manakala bagi penerbangan berlepas dari Johor Bahru, terdapat 24 penerbngan mingguan ke Kuching, 7 penerbangan mingguan ke Sibu, 3 penerbangan mingguan ke Miri.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsiadan Facebook (facebook.com/AirAsia).