Promosi khas “Fly like a Superstar” ke semua destinasi AirAsia dan AirAsia X di India dari serendah RM169* sehala

Memperkenalkan hidangan terbaru AirAsia, "KABALI Vegetarian Briyani"”

SEPANG, 26 JUN 2016

AirAsia, syarikat penerbangan rasmi bagi filem ‘Kabali’ yang dibintangi pelakon terkenal Rajinikanth, mengumumkan promosi eksklusif 'Fly like a Superstar’ dengan tambang termasuk semua dari serendah RM169* sehala ke semua destinasi di India dari Kuala Lumpur.

Promosi eksklusif 'Fly like a Superstar' bermula Isnin, 27 Jun 2016 hingga 3 Julai 2016 dan untuk tempoh perjalanan serta-merta dari 28 Jun sehingga 24 November 2016. Promosi ini boleh ditempah secara online di airasia.com serta aplikasi mudah alih AirAsia iPhone dan Android, dan web mudah alih mobile.airasia.com.

AirAsia Berhad (kod penerbangan AK) mengendalikan penerbangan terus ke Bengaluru, Chennai, Hyderabad, Kochi, Kolkata, Tiruchirappali (Trichy) dan Visakhapatnam (VTZ), manakala AirAsia X Berhad (kod penerbangan D7) terbang terus ke bandar New Delhi. Selain daripada tambang promosi ke semua laluan di India, tambang rendah juga disediakan untuk bandar-bandar antarabangsa lain seperti Guangzhou, Krabi, Lombok, Ho Chi Minh City, Siem Reap, Pulau Pinang dan bandar-bandar lain dari serendah RM39 * sehala!

AirAsia juga memperkenalkan hidangan baru iaitu 'Kabali Vegetarian Briyani' di dalam menu dalam semua penerbangan yang dikendalikan oleh AirAsia Berhad (kod penerbangan AK) mulai 1 Julai. Hidangan khas ini boleh didapati untuk pra-tempah dengan harga pengenalan RM9.90 sahaja.

Mr Spencer Lee, Ketua Komersil AirAsia Berhad berkata, "sekarang semua orang boleh terbang seperti superstar ke India, dan menikmati hidangan briyani yang lazat pada aras 34,000 kaki!

"Kemeriahan di sekitar "Kabali" telah membolehkan kami untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang bertemakan filem tersebut dan kami gembira dapat menawarkan tambang promosi khas yang akan membolehkan tetamu AirAsia untuk 'Fly like a Superstar' ke destinasi kegemaran mereka di India dengan tambang dari serendah RM169 * sehala. Selain itu, kami berbesar hati untuk memperkenalkan "Kabali Vegetarian Briyani" di dalam kesemua penerbangan AirAsia Berhad," tambahnya.

Tetamu digalakkan untuk pra-tempah makanan mereka secara online untuk penjimatan lebih dan mengelakkan sebarang kekecewaan dan memastikan makanan pilihan mereka disediakan semasa penerbangan. Pra-tempah makanan boleh dilakukan sehingga 24 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan melalui airasia.com melalui tab 'Urus Tempahan Saya'.

Selain daripada tambang promosi, para tetamu juga boleh terus berhubung sepanjang penerbangan mereka dengan roKKi Wi-Fi dalam pesawat penerbangan terpilih! Tetamu dapat menikmati 10 x Mata Ganjaran BIG AirAsia apabila mereka membeli roKKi Chats atau pelan Internet dari RM9 sahaja. Untuk membeli, sila layari bigprepaid.com.

In addition to the promotional fares, guests can also stay connected throughout their flights with roKKi Wi-Fi on board on selected flights! Guests will be able to enjoy 10x AirAsia BIG Points when they purchase a roKKi Chats or Internet Plan from only RM9. To purchase, please visit roKKi.com/buy.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layariTwitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia)