10 pereka muda dipilih di ujibakat AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 30 APRIL 2016

AARRDS 2016 Top 10 Malaysian Finalists
Vivy Yusof, Aireen Omar and Andrew Tan revealed the Top 10 Malaysian finalists for AirAsia Runway Ready Designer Search 2016.

Sepuluh pereka muda telah disenarai pendek untuk berpeluang mewakili Malaysia dan bersaing di Grand Finale AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 yang akan diadakan di Kuala Lumpur Ogos ini.

10 finalis telah dipilih dari seramai 487 orang peserta yang mendaftar online di uji bakat Malaysia yang berlangsung hari ini di JW Marriott Kuala Lumpur. Ujibakat akan diteruskan ke Singapura dan Bangkok bagi mencari pereka muda yang akan mewakili setiap negara.

Pencarian pereka muda ini, yang telah memasuki tahun yang kedua adalah sebahagian daripada usaha berterusan AirAsia dalam membangunkan bakat dan memperkasa belia di rantau ini dan akan menjadi landasan kepada pereka muda di rantau ini untuk melonjakkan kerjaya mereka dalam industri fesyen.

10 yang terbaik diumumkan setelah melalui dua pusingan pengadilan dan telah terpilih berdasarkan kreativiti dan ketulenan, rekaan koleksi yang konsisten, kepatuhan kepada tema Asean, praktikal dan persembahan pentas.

Panel pengadil terdiri daripada Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad; Andrew Tan, Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear; Vivy Yusof, Pengasas FashionValet; Alia Bastamam, Pereka Fesyen; dan Suzie Adnan, Ketua Editor GLAM Malaysia.

Aireen OmarKetua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “AirAsia sentiasa menyokong bakat-bakat muda dan dengan sebab itu kami telah meluaskan pencarian pereka muda ke 5 negara Asean termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina untuk mencari 3 pereka terbaik untuk mewakili setiap negara.”

Sejak penubuhan AARRDS pada tahun 2015, kami berasa kagum dengan bukan sahaja bilangan penyertaan yang diterima secara online, tetapi juga dengan kualiti yang dipaparkan dalam lakaran mereka, yang menyerlahkan tahap bakat di rantau Asean. Ianya tidak mudah bagi kami untuk memilih 10 finalis pada hari ini, oleh itu kami akan berbincang lebih lanjut dan akan memilih 3 finalis pada bulan hadapan yang akan bertanding di Grand Finale Ogos ini.”

Andrew Tan, pengasas Kuala Lumpur Fashion Week berkata, “Ianya satu penghormatan bagi kami untuk berkongsi platform ini bersama AirAsia untuk memupuk bakat-bakat baru dan memberi peluang kepada pereka fesyen muda ini untuk menunjukkan koleksi dan kreativiti di sebuah landasan peragaan profesional. Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan AirAsia sekali lagi, berikutan kejayaan pencarian pereka fesyen Malaysia pada tahun lepas; dan membawa pertandingan tahun ini ke tahap yang lebih tinggi. Pertandingan tahun ini adalah yang lebih mencabar bagi bakat-bakat muda pereka fesyen tempatan tetapi saya percaya ini adalah peluang keemasan kepada pelajar-pelajar ini untuk bertukar-tukar idea yang kreatif dengan rakan mereka.”

Vivy Yusof, pengasas FashionValet berkata, “FashionValet amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada AARRDS tahun ini yang diadakan di serantau Asean. FV menyediakan landasan yang lebih luas untuk pereka tempatan untuk berhubung dengan orang ramai dan kami berbangga dapat membantu pemenang untuk menghasilkan rekaan sendiri yang akan dijual secara eksklusif di FV. Agak sukar bagi kami sebagai pengadil untuk mengadili para peserta ujibakat ujibakat yang telah diadakan kerana hasil bakat yang ditunjukkan amat mengagumkan dan luarbiasa dan saya tidak sabar untuk melihat koleksi dari finalis pada bulan Ogos.”

3 finalis terbaik akan mewakili Malaysia di landasan berprestij KL Fashion Week Ready to Wear 2016  untuk merebut peluang gelaran ‘AirAsia’s Most Promising Young Designer 2016’, dan memenangi hadiah yang bernilai sekurang-kurangnya RM350,000 termasuk segmen untuk mempersembahkan rekaan mereka di KL Fashion Week Ready to Wear 2017,mentor dari pasukan KLFW RTW; RM25,000 untuk menghasilkan koleksi kapsul dan dijual di laman fashionvalet.com ; 150,000 Mata Ganjaran AirAsia BIG dan penerbangan ke mana–mana destinasi AirAsia atau AirAsia X serta hadiah lain yang akan diumumkan kelak.

AirAsia merupakan Preferred Travel Partner KLFW RTW 2016 dan akan menerbangkan pereka fesyen melalui rangkaian laluan luas AirAsia termasuk dari India, Indonesia, China, Australia dan Korea Selatan untuk menyertai KLFW RTW 2016. Terbang dengan AirAsia sambil mengumpul BIG Points untuk merasai pengalaman berada di KLFW RTW 2016 Ogos ini.

Ikuti saluran Youtube AirAsia (youtube.com/user/AirAsia) untuk menyaksikan webisodes mengenai perjalanan peserta yang menyertai AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 atau ikuti hashtag #AirAsiaRunway di saluran media sosial lain seperti Facebook  (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).