Terbang bersama AirAsia dari hanya RM8 dan AirAsia X dari hanya RM198*

Promosi khas ke semua destinasi AirAsia dan AirAsia X sempena menyambut kemenangan anugerah Skytrax

SEPANG, 17 JULAI 2016

[BM] AirAsia Skytrax Promo

AirAsia dan AirAsia X menawarkan promosi tambang istimewa bagi menyambut kemenangan berterusan di anugerah Skytrax baru-baru ini.

AirAsia telah dinamakan Syarikat Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia bagi tahun kelapan berturut-turut manakala AirAsia X telah memenangi anugerah Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Tempat Duduk Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk tahun keempat berturut-turut di majlis itu yang diadakan di Pameran Udara Antarabangsa Farnborough pada hari selasa.

Dari hanya RM8*, tetamu boleh terbang dengan AirAsia ke Hong Kong, Singapura, Phuket, Krabi, Siem Reap, Phnom Penh, Pekanbaru, Bandar Ho Chi Minh dan banyak lagi destinasi atau memilih untuk terbang lebih jauh dari hanya RM198* ke destinasi-destinasi AirAsia X seperti Shanghai, Perth, Auckland, Tehran dan Mauritius.

Tetamu yang merancang untuk terbang bersama AirAsia X boleh juga menaik taraf ke Tempat Duduk Premium Flatbed dari hanya RM718*

Promosi istimewa ini boleh ditempah dari 18 Julai 2016 (0000, GMT +8) hingga 24 Julai 2016 (2400, GMT +8) bagi tempoh perjalanan dari 4 Januari 2017 hingga 21 Ogos 2017.

Promosi ini adalah untuk semua penerbangan AirAsia yang dioperasi oleh AirAsia Malaysia (Kod Penerbangan AK), AirAsia Thailand (FD), AirAsia Indonesia (QZ), AirAsia Philippines (Z2), AirAsia India (I5), dan juga untuk semua penerbangan AirAsia X pada Malaysia AirAsia X (D7) dan Thai AirAsia X (XJ).

Tambahan lagi, tetamu yang terbang dengan AirAsia Malaysia (AK) juga boleh mengumpul 8 kali mata ganjaran BIG AirAsia apabila melakukan pra-tempah bagasi, makanan, tempat duduk, insurans atau BIG Bebas Cukai, dengan sehingga 888,000 mata yang akan diberikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandesberkata, “Memenangi anugerah Syarikat Tambang Rendah Terbaik Dunia Skytrax bagi tahun kelapan berturut-turut adalah amat istimewa bagi saya dan semua di AirAsia. Tiada syarikat penerbangan lain yang telah memenangi anugerah bertaraf dunia sebanyak ini dan berturut-turut. Ini merupakan pencapaian yang membanggakan dan kami ingin berterima kasih kepada kesemua para tetamu yang telah mengundi kami dengan menawarkan tambang istimewa dari serendah RM8.”

Tambah beliau, “Kami akan terus bekerja keras dan menawarkan pengalaman terbaik kepada semua tetamu kami, dan kami berharap agar tetamu kami akan berkongsi pengalaman terbaik percutian mereka bersama kami di sosial media dengan menggunakan hashtag #travelgr8 dan sama-sama kita meraikan kemenangan ini.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun berkata, “Memenangi anugerah-anugerah ini bagi tahun keempat berturut-turut menunjukkan tambang rendah tidak bermaksud berkualiti rendah. Kami berharap tawaran istimewa khas dan tambang Premium Flatbed ini akan membolehkan orang ramai untuk terbang dengan lebih selesa dan menikmati produk hebat kami apabila mereka melawat destinasi jarak jauh yang ditawarkan oleh AirAsia X.”

Tempat duduk Premium Flatbed AirAsia X menampilkan soket kuasa universal, sandang kepala boleh laras dan utiliti peribadi seperti meja, tempat pemegang minuman, lampu membaca dan skrin privasi. Para tetamu yang memilih tempat duduk Premium Flatbeds juga akan menikmati produk dan servis percuma seperti keutamaan daftar-masuk, keutamaan menaiki pesawat, keutamaan bagasi, peruntukan bagasi sehingga 40kg, hidangan makanan dan minuman serta bantal dan selimut percuma.

AirAsia X adalah syarikat penerbangan jarak jauh tambang rendah yang pertama mengenalkan tempat duduk flatbed, dengan standard spesifikasi kelas bisnes 20” lebar, 60” memanjang dan boleh terus dipanjangkan ke 77” pada posisi penuh berbaring.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkinin AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Tambang termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.