Tambang sehingga separuh harga untuk destinasi AirAsia!

SEPANG, 23 OKTOBER 2016

AirAsia menawarkan diskaun sehingga 50% ke destinasi jarak dekat dan jarak jauh di seluruh rangkaian meluas syarikat penerbangan tersebut.

Tetamu yang melakukan perjalanan jarak jauh juga boleh mengambil kesempatan diskaun ini dengan menempah tempat duduk Premium Flatbed AirAsia X.

Tetamu yang menempah tempat duduk Premium Flatbed akan menikmati produk dan perkhidmatan premium yang merangkumi perkhidmatan daftar masuk prioriti, keutamaan menaiki pesawat, peruntukan bagasi 40kg, makanan percuma serta bantal dan selimut.

Diskaun boleh didapati di airasia.com dan di aplikasi mudah alih AirAsia mulai 24 Oktober 2016 (0001, GMT + 8) sehingga 30 Oktober 2016 (2400, GMT + 8) untuk perjalanan antara 9 Januari 2017 dan 18 Jun 2017.

Ia meliputi penerbangan yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK), AirAsia Thailand (FD), AirAsia Indonesia (QZ), AirAsia Filipina (Z2), Malaysia AirAsia X (D7), Thai AirAsia X (XJ) dan Indonesia AirAsia X (XT).

Ketua Komersil Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata, "Ini adalah promosi hebat yang menawarkan diskaun sehingga 50% daripada tambang, untuk ke seluruh rangkaian laluan kami merentasi Asia dan seterusnya.

"Dari Kuala Lumpur ke Jepun, Korea, China, Australia, New Zealand, Iran, Maldives bahkan Mauritius, inilah peluang terbaik untuk melawat destinasi yang anda impikan dengan tambang yang berpatutan."

AirAsia ialah syarikat tambang rendah terbesar di Asia dari segi bilangan penumpang dan pesawat. Ia juga mempunyai rangkaian meluas ke lebih 120 destinasi di seluruh Asia, Australia, Timur Tengah dan Afrika.

AirAsia telah dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Rerbaik Dunia bagi tahun kelapan berturut-turut dan AirAsia X memenangi anugerah Kabin Premium Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Tempat Duduk Premium bagi tahun keempat di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2016.

AirAsia juga telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia buat kali ke-empat di world Travel Awards 2016 (Asia dan Australasia), dimana ia juga syarikat penerbangan tambang rendah pertama Asia yang memenangi anugerah Perkhidmatan Dalam Penerbangan Terbaik Asia menewaskan syarikat penerbangan pekhidmatan penuh yang lain.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).