Fly with Wi-Fi

Rokki
rokki_entertainment

Hiburan Dalam Penerbangan

Nikmati pelbagai pilihan filem, muzik, panduan perjalanan dan banyak lagi — semuanya secara PERCUMA!

Maklumat lanjut
rokki_shop

Membeli-belah di dalam Pesawat

Dapatkan tawaran dan diskaun eksklusif untuk barang jualan dan aktiviti.

Maklumat lanjut
rokki_connectivity

Sambungan Internet di dalam Pesawat

Terus melayari Internet dan berhubung dengan mereka yang tersayang.

Maklumat lanjut


Perlukan Internet? Beli sebelum anda berlepas dan dapatkan diskaun!

Kenapa perlu menunggu sehingga anda mendarat untuk mendapatkan sambungan Internet? Dapatkan Chats Plan atau Internet Plan untuk menggunakan aplikasi kegemaran anda di dalam pesawat! Ketahui lebih lanjut

rokki_chats-token
rokki_2mb-promo

Eksklusif untuk Ahli BIG!

Pastikan untuk menuntut akses Internet PERCUMA anda untuk menggunakan aplikasi sembang* kegemaran anda di dalam pesawat. Ketahui caranya:

  1. Nikmati sambungan Wi-Fi ROKKI AirAsia secara percuma semasa penerbangan
  2. Log masuk dengan akaun BIG AirAsia anda di rokki.com
  3. Mula menggunakan aplikasi sembang kegemaran anda dan berbual dari awan biru!

*Aplikasi WhatsApp, WeChat, LINE, KakaoTalk, dan Viber sahaja.

Klik di sini untuk maklumat lanjut

rokki_review_1

"ROKKI adalah yang terbaik! Sangat mudah untuk mendapatkan sambungan Internet dan saya benar-benar menikmati hiburan dalam penerbangan yang disediakan secara PERCUMA. Pelbagai pilihan video dan permainan yang menyeronokkan juga disediakan secara PERCUMA!" - Rebecca

rokki_review_2

FAQ

Apa itu ROKKI?

ROKKI ialah Wi-Fi di dalam pesawat AirAsia yang menawarkan hiburan dalam penerbangan dan sambungan Internet di hujung jari anda. Menggunakan peranti mudah alih peribadi anda, anda boleh menikmati akses PERCUMA ke www.rokki.com. Di portal ini, anda boleh menonton video, membaca panduan perjalanan, melihat katalog beli-belah dan banyak lagi!

Anda juga boleh mendapatkan akses Internet untuk melayari laman web dan menggunakan aplikasi kegemaran anda dengan membeli Pelan ROKKI.

Apakah yang saya perlukan untuk menggunakan perkhidmatan Wi-Fi ini?

Anda perlu memiliki telefon bimbit atau tablet dengan keupayaan Wi-Fi untuk menggunakan perkhidmatan ini (komputer riba tidak disokong buat masa ini). Untuk menyambung, hanya hidupkan Mod Penerbangan pada peranti mudah alih anda dan bersambung ke Wi-Fi ROKKI.

Sebaik sahaja anda bersambung ke Internet, anda akan diarah semula secara automatik ke Portal ROKKI di www.rokki.com untuk menikmati hiburan dalam penerbangan percuma atau membeli Pelan ROKKI untuk mendapatkan akses Internet.

Bilakah saya boleh mula menggunakan ROKKI semasa penerbangan saya?

Anda boleh mula menggunakan ROKKI apabila pengumuman dalam penerbangan dibuat mengenai Wi-Fi dibuat atau selepas isyarat pasangkan tali pinggang keselamatan dipadamkan.

Sila ambil maklum bahawa perkhidmatan akan dimatikan secara automatik apabila pesawat berada di bawah ketinggian 10,000 kaki. Apabila terbang dalam wilayah India, hanya hiburan dalam penerbangan yang akan tersedia, sementara perkhidmatan Internet akan dimatikan disebabkan oleh peraturan negara.

Adakah perkhidmatan ini selamat dan diluluskan untuk digunakan di dalam pesawat?

Ya, perkhidmatan ini telah mendapat semua kelulusan standard penerbangan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Malaysia dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Amerika Syarikat. Perkhidmatan ini juga telah mendapat lesen telekomunikasi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), iaitu badan yang mengawal selia peraturan telekomunikasi di Malaysia.

Ketahui Lebih Lanjut
rokki_footer-myms

Ada soalan?

Hantarkan pertanyaan, maklum balas dan komen anda kepada kami di www.rokki.com. Hantarkan pertanyaan, maklum balas dan komen anda kepada kami di