Terma dan Syarat Promosi

Kempen CNY 2022 AirAsia

Pengenalan

  1. Kempen CNY 2022 AirAsia (“Kempen”) merupakan kempen yang dianjurkan oleh AirAsia Com Travel Sdn Bhd (“AACom”, “kami”, “kita”) dengan kerjasama Visa Worldwide Pte. Limited (“Visa”) dan tersedia di laman web airasia.com serta aplikasi mudah alih kami (dirujuk secara kolektifnya sebagai “Platform”).
  2. Kempen ini terbuka kepada Ahli (ditakrifkan di bawah ini) yang membuat pembelian untuk tempahan penerbangan (“Produk”) menggunakan Kad Visa mereka di Platform (selepas ini dirujuk sebagai “anda”, “mereka”), dan ditadbir oleh terma dan syarat yang terkandung di sini (“Terma dan Syarat”).
  3. Tertakluk pada Terma dan Syarat ini, Kempen ini melayakkan anda untuk menikmati diskaun RM15 (“Diskaun Kempen”) untuk transaksi tunggal yang menggunakan kad debit, kredit dan prabayar Visa yang dikeluarkan di Malaysia (“Kad Visa”) untuk membuat pembelian Produk.
  4. Terma dan Syarat ini akan menjadi dokumen yang mengikat secara sah antara anda dan kami, dan dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, anda mengakui dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini, dan akan dianggap telah memberikan persetujuan anda untuk pengumpulan dan/atau penggunaan maklumat peribadi oleh kami dan akan tertakluk pada Pernyataan Privasi serta Terma Penggunaan kami
  5. Anda mengakui bahawa kami hanya merupakan penganjur Kempen ini dan pengendali Platform. Kewajipan kami hanya akan terhad kepada memberikan Diskaun Kempen dan menyediakan apa-apa bantuan teknikal yang berkaitan dengan apa-apa perkara yang timbul akibat penggunaan Platform. Anda mengakui dan bersetuju bahawa tempahan Produk menggunakan Kad Visa anda adalah menjadi tanggungjawab Visa sepenuhnya. Oleh itu, anda menerima bahawa terma dan syarat Visa akan menjadi tambahan kepada Terma dan Syarat ini dan dengan membuat tempahan, anda bersetuju untuk terikat dengan dan mematuhi terma dan syarat Visa yang berkaitan.

Tempoh Sah

  1. Kempen ini akan diadakan untuk tempoh dua puluh tujuh (27) hari bermula dari 0000 (GMT+8) pada 17 Januari 2022, dan berakhir pada 2359 (GMT+8) pada 13 Februari 2022 (“Tempoh Sah”). Meskipun perkara di atas, kami berhak untuk menamatkan Kempen pada mana-mana tarikh dan/atau masa yang lebih awal daripada 2359 (GMT+8) pada 13 Februari 2022. Penyertaan daripada Ahli (ditakrifkan di bawah ini) yang diterima oleh kami selepas tamat Tempoh Kempen tidak layak untuk menerima apa-apa Diskaun Kempen.
  2. Diskaun Kempen untuk penerbangan hanya terpakai bagi tempahan dengan kod penerbangan AK dan syarikat penerbangan bukan AirAsia untuk penerbangan domestik dan antarabangsa serta untuk tempoh perjalanan antara 17 Januari 2022 hingga 30 September 2022.

Terma dan Syarat Khusus

  1. Kempen ini hanya sah untuk tempahan Produk yang dibuat oleh ahli AirAsia (“Ahli”) di Platform dan yang menggunakan Kad Visa.
  2. Sepanjang Tempoh Kempen, setiap Produk adalah tertakluk pada jumlah penebusan maksimum seperti yang dinyatakan dalam JADUAL A di bawah. Penerbangan mempunyai had penebusan harian yang akan dikemas kini pada setiap 0000 (GMT+8), dan sebarang baki penebusan akan dibawa ke hari berikutnya. Bagi mengelakkan keraguan, Kempen ini adalah berdasarkan pada siapa cepat, dia dapat.
  3. Day/Date Flight (AK) Flight (non-AA)
    Monday, January 17 2022 First 747 bookings only First 40 bookings only
    Tuesday, January 18 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Wednesday, January 19 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Thursday, January 20 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Friday, January 21 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Saturday, January 22 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Sunday, January 23 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Monday, January 24 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Tuesday, January 25 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Wednesday, January 26 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Thursday, January 27 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Friday, January 28 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Saturday, January 29 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Sunday, January 30 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Monday, January 31 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Tuesday, February 1 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Wednesday, February 2 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Thursday, February 3 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Friday, February 4 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Saturday, February 5 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Sunday, February 6 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Monday, February 7 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Tuesday, February 8 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Wednesday, February 9 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Thursday, February 10 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Friday, February 11 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Saturday, February 12 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
    Sunday, February 13 2022 First 721 bookings only First 40 bookings only
  4. Tempahan mestilah dibuat dalam mata wang MYR dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM200 untuk Produk bersama dengan atau tanpa produk sampingan (termasuk tetapi tidak terhad kepada tempat duduk, hidangan dan bagasi). Diskaun Kempen ini tidak terpakai untuk tempahan terdahulu yang dibuat di bawah ‘Tempahan Saya’ di Platform.
  5. Diskaun Kempen ini tidak terpakai jika jumlah akhir yang dikenakan ke atas Kad Visa adalah di bawah jumlah perbelanjaan minimum. Jumlah akhir yang dikenakan kepada anda merupakan jumlah sebenar dikenakan, yang ditolak dengan jumlah ‘Poin BIG’ atau kredit dalam akaun yang anda gunakan.
  6. Anda mengakui bahawa kami tidak akan bertanggungjawab dan/atau berkewajipan untuk memberikan Diskaun Kempen sekiranya Kad Visa anda ditolak tanpa memberikan apa-apa sebab sekalipun.
  7. Anda dianggap tidak layak untuk menyertai Kempen ini jika anda gagal memenuhi Terma dan Syarat ini dan/atau telah menghantar data yang tidak lengkap atau tidak tepat data, tanpa perlu kami memberikan sebarang notis awal.

Lain-lain

  1. Selain Terma dan Syarat khusus ini, anda juga mengakui dan menerima bahawa, anda akan seterusnya tertakluk pada terma dan syarat Produk yang tersedia di Platform serta terma dan syarat pedagang yang berkenaan (jika ada) yang tersedia di laman web pedagang tersebut.
  2. Diskaun Kempen tidak akan dikembalikan, tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus untuk mendapatkan wang atau apa-apa yang bersamaan dengan nilai wang atau benda-benda lain. Bagi mengelakkan keraguan, Diskaun Kempen boleh digunakan sebagai bentuk pembayaran untuk produk dan perkhidmatan yang tersedia di Platform.
  3. Terma dan Syarat khusus ini akan diguna pakai untuk mana-mana terma, syarat, peruntukan atau gambaran yang tidak konsisten yang terkandung dalam mana-mana bahan kempen yang berkaitan dengan Kempen ini. Sekiranya berlaku ketidakkonsistenan antara terma dalam Terma dan Syarat Khusus ini dengan peruntukan atau bahan lain, Terma dan Syarat Khusus ini hendaklah diguna pakai.
  4. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kegagalan untuk mematuhi atau sebarang kelewatan dalam melaksanakan kewajipannya, di mana kegagalan tersebut adalah disebabkan oleh keadaan yang berada di luar kawalan munasabahnya. Keadaan tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keadaan cuaca, kebakaran, banjir, taufan, mogok, pertikaian industri, perang, permusuhan, pergolakan politik, rusuhan, kekecohan awam, epidemik dan pandemik seperti yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kemalangan yang tidak dapat dielakkan, undang-undang yang mentadbir atau mana-mana keadaan lain dalam apa jua bentuk yang berada di luar kawalan Penganjur.
  5. Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk mengubah, memadam atau membuat penambahan pada mana-mana terma dan syarat yang terkandung di sini dan/atau membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini dari semasa ke semasa tanpa apa-apa notis awal, dan terma dan syarat yang telah disemak semula tersebut akan disiarkan di Platform dengan serta-merta. Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Penganjur Kempen ini tidak akan melayakkan anda untuk membuat apa-apa tuntutan atau meminta pampasan daripada Penganjur untuk apa-apa dan semua kerugian atau kerosakan yang timbul, sama ada atau tidak Penganjur telah dinasihatkan mengenai kemungkinan kerugian atau kerosakan tersebut.
  6. Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas semua cukai, kadar, bayaran yang dikenakan oleh kerajaan atau apa-apa bayaran lain yang mungkin dikenakan kepada anda di bawah undang-undang yang terpakai, jika ada, yang berkaitan dengan Kempen ini, produk dan semua perkhidmatan.
  7. Anda setuju untuk membebaskan, mempertahankan dan menanggung rugi Penganjur sepenuhnya daripada dan atas semua kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian turutan yang timbul dengannya), kerosakan, perbelanjaan dan semua tindakan, prosiding, tuntutan, permintaan, kos pihak ketiga (termasuk tanpa menjejaskan keluasan peruntukan ini, kos undang-undang antara satu sama lain, kecederaan diri, kematian, kehilangan atau kemusnahan harta benda, hak publisiti atau privasi, fitnah), award dan kerosakan yang mungkin timbul akibat daripada tempahan Produk oleh anda di bawah Kempen ini.
  8. Anda dengan ini bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan kami atas akibat daripada Kempen ini.
  9. Terma dan Syarat ini hendaklah ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.



AirAsia 20th Anniversary 2x Bonus airasia points Campaign

  1. This “AirAsia 20th Anniversary 2x Bonus airasia points Campaign” (“Campaign”) is organised by AirAsia Com Travel Sdn. Bhd (“airasia.com”) and BIGLIFE Sdn. Bhd. (“BIG”) (jointly referred to as the “Organisers”).
  2. By participating in this Campaign, all participants (“Participants”) will be deemed to have read, understood and expressly agreed to be bound by the Terms & Conditions of this Campaign as stated herein and any additional terms and conditions stipulated by the Organisers (as may be applicable) including the decisions of the Organisers in all matters related thereto.
  3. Information on how to participate in this Campaign forms part of these conditions of entry. Registration for and/or participation in this Campaign is deemed as acceptance of these terms and conditions of entry. Acceptance of these Terms and Conditions is a condition of entry.
  4. This Campaign runs from 1st December 2021, 00:00 (GMT +8) until 20th December 2021, 23:59 (GMT +8), both dates inclusive, or upon complete utilisation of the total of 6,200,000 bonus BIG Points (as defined in Clause 6(c) below) allocated for all Participating Regions (as defined under Clause 5 below) pursuant to this Campaign, whichever is earlier (“Campaign Period”). The Organisers reserve the right to amend or extend the duration of the Campaign at any time as they deem fit without any prior notice or liability to the Participants.
  5. This Campaign runs concurrently in Malaysia, Thailand, Indonesia and Philippines (“Participating Regions”).
  6. To qualify and participate in this Campaign, Participants must fulfil the following requirements (“Campaign Requirements”): -
    • Must be an existing airasia member (having subscribed and registered for membership under the loyalty and rewards program operated by BIG under the name “airasia rewards Program”) and have a unique registration number known as the “airasia member ID” issued by BIG at the point of participation in the Campaign;
    • Must be based in any of the Participating Regions (based on the Internet Protocol geo-location detected);
    • Make successful purchases of any products from the following categories: -
      • Flights
      • Food
      • Grocer
      • SNAP
      • Hotel
      • Health
      • Ikhlas
      • Travelmall
      • Academy
      • Ride
      • Express,

      via https://airasia.com (“Dedicated Website”) or AirAsia’s mobile application (“Dedicated App” and collectively referred to as the “Dedicated Platform”) during the Campaign Period to be entitled to 2x airasia points (“Bonus airasia points”)* from the regular airasia points issuance rate, on a first-come-first-served basis **subject to availability of the Bonus airasia points allocated pursuant to this Campaign.

      The total number of Bonus airasia points made available as below: -

      Market Total Bonus Points Capping Daily Bonus Points Capping
      Malaysia 2,000,000 100,000
      Thailand
      Indonesia
      Philippines 200,000 10,000

      *Participants are not entitled to Bonus airasia points for successful purchase(s) of ‘Grocer’ products on Wednesday and ‘Food’ products on Thursday. Notwithstanding the standard validity of the airasia points as stipulated in the airasia membership Terms and Conditions, the Bonus airasia points earned pursuant to this Campaign are only valid for a period of six (6) months from the date of issuance of such Bonus airasia points.

      **For avoidance of doubt, no Bonus airasia points will be awarded for any cancelled, invalid, incomplete or returned purchases or transactions.

  7. The regular airasia points earned pursuant to this Campaign will be credited into the eligible Participant’s airasia member account within thirty (30) days from the end of the Campaign Period whereas the Bonus airasia points will be credited within fourteen (14) days from the date of successful purchase(s) pursuant to this Campaign.
  8. The Organisers reserve the absolute right, at any time, to verify the validity of successful transactions and eligibility of the Participants. Without limitation, Participants agree to provide necessary information to the Organisers upon request. The Organisers’ decision in relation to all aspects of the Campaign including but not limited to the Bonus airasia points and Participants are final, binding and conclusive under any circumstances and no correspondence nor appeal will be entertained.
  9. Only Participants that fulfil the Campaign Terms and Conditions shall be eligible to receive the Bonus airasia points. Participants that fail to fulfil the Campaign Terms and Conditions will automatically be disqualified from the Campaign without notice.
  10. The Organisers reserve the absolute right to substitute and/or replace the Bonus airasia points from time to time without any prior notice to the Participants.
  11. The Organisers further reserve their right to use any personal data of Participants in accordance with their respective Privacy Policy for any purpose related to this Campaign and the Participants are deemed to consent to such use with no monetary payment.
  12. The Organisers reserve the right in their sole discretion to disqualify any Participant and/or to forfeit the Bonus airasia points from any Participant if the Organisers reasonably believe that the Participant has undertaken fraudulent practice and/or activities or other activities harmful to this Campaign or to the Organisers.
  13. Participants may be contacted, at any time deemed appropriate by the Organisers, via email or any other mode of communication deemed appropriate by the Organisers.
  14. The Organisers reserve the absolute right to cancel, terminate or suspend the Campaign with or without any prior notice and/or assigning any reason. For the avoidance of doubt, cancellation, termination or suspension by the Organisers shall not entitle the Participants to any claim or compensation against the Organisers for any and/or all losses or damages suffered or incurred as a direct or indirect result of the act of cancellation, termination or suspension.
  15. The Organisers accept no responsibility for late, lost, incomplete, incorrectly submitted, delayed, corrupted or misdirected transaction whether due to error, omission, alteration, tampering, deletion, theft, destruction or otherwise.
  16. The Organisers, their respective subsidiaries, affiliates, and associated companies will not be liable for any loss (including, without limitation, indirect, special or consequential loss or loss of profits), expense, damage, personal injury or death which is suffered or sustained (whether or not arising from any person’s negligence) in connection with this Campaign (in which case that liability is limited to the minimum allowable by law).
  17. The Terms and Conditions contained herein shall prevail over any inconsistent terms, conditions, provisions or representation contained in any other promotional or advertising materials for the Campaign.
  18. The Organisers reserve the absolute right to vary, delete or add to any of these Terms and Conditions (wholly or in part) from time to time without any prior notice to the Participants.
  19. The decision of the Organisers in relation to every aspect of the Campaign including but not limited to the Bonus airasia points award and Participants shall be deemed final and conclusive under any circumstances and no appeal or complaint from any Participants will be entertained.
  20. Usage of Bonus airasia points is subject to airasia membership terms and conditions which can be found at www.airasiabig.com
  21. All expenses associated with this Campaign such as transportation and accommodation (if applicable) shall be solely borne by the Participants.
  22. The Terms and Conditions may be translated to other languages. In the event of any inconsistency between the English and translated versions, the former shall prevail.
  23. Terms and conditions of airasia.com shall also apply.
  24. These Terms and Conditions are governed by the laws of Malaysia.



Airasia Super Drop Weekend 5x airasia points Giveaway Campaign

Campaign Period: 30th October 2021, 00:00 (GMT +8) - 31st October 2021, 23:59 (GMT +8)
  1. Airasia Super Drop Weekend 5x airasia points Giveaway Campaign” (“Kempen”) ini dianjurkan oleh AirAsia Com Travel Sdn. Bhd (“airasia.com”) dan BIGLIFE Sdn. Bhd. (“BIG”) (dirujuk bersama sebagai “Penganjur”).
  2. Dengan menyertai Kempen ini, semua peserta (“Peserta”) akan dianggap telah membaca, memahami, dan mempersetujui untuk terikat dengan Terma & Syarat bagi Kempen seperti yang dinyatakan di sini dan sebarang terma & syarat tambahan yang ditetapkan oleh Penganjur (seperti yang mungkin terpakai) termasuklah keputusan Penganjur dalam segala perkara yang berkaitan.
  3. Maklumat tentang bagaimana untuk menyertai Kempen membentuk sebahagian daripada syarat-syarat penyertaan. Pendaftaran dan/atau penyertaan dalam Kempen ini dianggap sebagai persetujuan kepada terma dan syarat penyertaan. Persetujuan Terma dan Syarat adalah satu syarat penyertaan.
  4. Kempen ini berjalan dari 30 Oktober 2021, 00:00 (GMT +8) hingga 31 Oktober 2021, 23:59 (GMT +8), kedua-dua tarikh dikira, atau pada lengkapnya penggunaan jumlah 3,100,000 BIG Poin Bonus (seperti yang diterangkan lebih lanjut pada Klausa 6(d) di bawah) yang diperuntukkan kepada kesemua Rantau Terlibat (seperti yang ditakrifkan di bawah Klausa 5) menurut Kempen ini, mana-mana yang lebih awal (“Tempoh Kempen”). Penganjur berhak untuk menukar atau memanjangkan tempoh Kempen pada bila-bila masa yang mereka anggap sesuai tanpa sebarang makluman terlebih dahulu atau liabiliti kepada Peserta.
  5. Kempen ini berjalan secara serentak di Malaysia, Thailand, Indonesia, dan Filipina (“Rantau Terlibat”).
  6. Untuk layak dan turut serta dalam Kempen ini, Peserta perlu memenuhi keperluan-keperluan berikut (“Keperluan Kempen”):
    1. Haruslah merupakan seorang Ahli BIG sedia ada (telah melanggan dan mendaftar keahlian di bawah program kesetiaan dan ganjaran yang dikendalikan oleh BIG di bawah nama “Program Ganjaran BIG”) dan memiliki nombor pendaftaran unik yang dikenali sebagai “ID Ahli BIG” yang dikeluarkan oleh BIG sewaktu penyertaan Kempen;
    2. Haruslah berpusat di mana-mana Rantau Terlibat (berdasarkan geo-lokasi Protokol Internet yang dikesan);
    3. Membuat pembelian sebarang produk melalui https://airasia.com (“Laman Web Khusus”) atau aplikasi mobil AirAsia (“Aplikasi Khusus” dan dirujuk bersama sebagai “Platform Khusus”), bagi kategori berikut:- penerbangan airasia, SNAP, Hotel, Food, Grocer, Beauty, Ride, Ikhlas, Health, dan/atau TravelMall sewaktu Tempoh Kempen dan mengemaskini ID Ahli BIG mereka pada profil Platform Khusus untuk layak mengumpul lima kali ganda (5x) jumlah BIG Poin yang biasa dikeluarkan (“BIG Poin Bonus”).
    4. Jumlah nombor BIG Poin yang ada bagi setiap Rantau Terlibat menurut Kempen ini adalah seperti berikut:
      Rantau Terlibat Jumlah Nombor BIG Poin yang dihadkan sepanjang Tempoh Kempen Jumlah Nombor BIG Poin yang dihadkan setiap hari sewaktu Tempoh Kempen
      Malaysia 1,000,000 500,000
      Thailand
      Indonesia
      Philippines 100,000 50,000
    5. Untuk mengelakkan keraguan, tiada BIG Poin Bonus akan dianugerahkan bagi sebarang pembelian atau transaksi yang dibatalkan, tidak sah, tidak lengkap, atau dikembalikan.
  7. BIG Poin Bonus yang dikumpul mengikut Kempen ini akan dimasukkan ke dalam akaun Ahli BIG Peserta dalam tiga puluh (30) hari dari waktu tamat Tempoh Kempen.
  8. Penganjur mempunyai hak mutlak, pada bila-bila masa, untuk mengesahkan kesahihan transaksi yang berjaya dan kelayakan Peserta. Tanpa sebarang had, Peserta bersetuju untuk menyediakan maklumat yang perlu kepada Penganjur apabila diminta. Keputusan Penganjur yang berkaitan dengan segala aspek Kempen termasuklah namun tidak terhad kepada BIG Poin Bonus dan Peserta adalah mutlak, terikat dan muktamad di bawah sebarang situasi dan sebarang suratmenyurat atau rayuan tidak akan dilayan.
  9. Hanya Peserta yang memenuhi Terma dan Syarat Kempen akan layak untuk menerima BIG Poin Bonus. Peserta yang gagal memenuhi Terma dan Syarat Kempen akan hilang kelayakan daripada Kempen secara automatik tanpa sebarang makluman.
  10. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk mengganti dan/atau menukarkan BIG Poin Bonus dari masa ke semasa tanpa sebarang makluman terlebih dahulu kepada Peserta.
  11. Penganjur mempunyai hak lanjut untuk menggunakan sebarang data peribadi Peserta mengikut Polisi Peribadi masing-masing bagi sebarang tujuan berkaitan Kempen ini dan Peserta dianggap telah memberi kebenaran terhadap penggunaan tersebut tanpa sebarang pembayaran wang.
  12. Penganjur berhak di bawah budi bicara mereka untuk menarik kelayakan sebarang Peserta dan/atau membatalkan BIG Poin Bonus daripada sebarang Peserta jika Penganjur mempercayai yang Peserta telah melakukan amalan dan/atau aktiviti-aktiviti penipuan atau aktiviti-aktiviti lain yang merbahaya terhadap Kempen ini atau terhadap Penganjur.
  13. Peserta mungkin akan dihubungi, pada bila-bila masa yang dianggap sesuai oleh Penganjur, melalui e-mel atau sebarang bentuk komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh Penganjur.
  14. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen dengan atau tanpa makluman terlebih dahulu dan/atau memberikan sebarang sebab. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Penganjur tidak akan melayakkan Peserta kepada sebarang tebusan atau pampasan daripada Penganjur buat sebarang dan/atau segala kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung sebagai akibat langsung atau tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan.
  15. Penganjur tidak menerima sebarang tanggungjawab bagi transaksi lewat, hilang, tidak lengkap, tidak dihantar dengan betul, dilambatkan, rosak, atau silap arah sama ada disebabkan oleh ralat, peninggalan, suntingan, usikan, pembuangan, pencurian, kemusnahan atau sebaliknya.
  16. Penganjur, anak-anak syarikat, pihak bersekutu dan syarikat-syarikat berkaitan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kerugian (termasuklah, tetapi tidak terhad, kerugian tidak langsung, istimewa, berbangkit atau kerugian keuntungan), perbelanjaan, kerosakan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami atau ditanggung (sama ada atau tidak disebabkan oleh kealpaan sesiapa) yang berhubung dengan Kempen ini (di mana liabiliti adalah terhad kepada jumlah minimum yang dibenarkan undang-undang).
  17. Terma dan Syarat yang terkandung di sini akan terpakai mengatasi sebarang terma, syarat, peruntukan atau perwakilan tidak konsisten yang terkandung di dalam sebarang bahan promosi atau pengiklanan lain bagi Kempen.
  18. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk mempelbagaikan, membuang atau menambah kepada sebarang Terma dan Syarat ini (keseluruhan atau sebahagian) dari masa ke semasa tanpa sebarang makluman kepada Peserta.
  19. Keputusan Penganjur berkaitan segala aspek Kempen termasuklah tetapi tidak terhad kepada BIG Poin Bonus dan Peserta akan dianggap sebagai mutlak dan muktamad di bawah sebarang situasi dan sebarang rayuan atau aduan daripada sebarang Peserta tidak akan dilayan.
  20. Penggunaan BIG Poin Bonus adalah tertakluk kepada terma dan syarat Keahlian BIG yang boleh dijumpai di www.airasiabig.com
  21. Segala perbelanjaan berkaitan Kempen ini seperti pengangkutan dan penginapan (jika terpakai) adalah ditanggung sepenuhnya oleh Peserta.
  22. Terma dan Syarat ini mungkin akan diterjemah kepada bahasa-bahasa lain. Jika ada sebarang ketidakselarasan antara Bahasa Inggeris dan versi yang diterjemah, yang terdahulu adalah terpakai.
  23. Terma dan syarat airasia.com juga akan terpakai.
  24. Terma dan Syarat ini adalah ditadbir oleh undang-undang Malaysia.


Promosi Diskaun RM10 Visa Super Sale (Disember 2020) airasia.com

Pengenalan

  1. Promosi DISKAUN RM10 VISA SUPER SALE (DISEMBER 2020) airasia.com ini (selepas ini dikenali sebagai “Promosi”) dianjurkan bersama oleh AirAsia Com Travel Sdn Bhd (“Penganjur”) dan Visa Sdn Bhd (“Visa”) yang hanya tersedia di airasia.com dan aplikasi mudah alih iOS dan Android (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Laman Web”) yang dikendalikan dan diuruskan oleh Penganjur.
  2. Tertakluk pada terma dan syarat ini, Promosi akan melayakkan anda untuk menikmati diskaun RM10 untuk satu transaksi menggunakan kad kredit VISA yang dikeluarkan di Malaysia (Kad “VISA”) untuk produk atau perkhidmatan di bawah Penerbangan, SNAP, dan Hotel sahaja (“Produk”).
  3. Anda mengakui bahawa Penganjur hanya merupakan pengedar Produk di Laman Web, dan Produk mestilah dipenuhi dan dibekalkan oleh berkaitan saudagar yang berkenaan.
  4. Promosi ini dikawal oleh terma dan syarat yang ditetapkan di bawah ini (“Terma dan Syarat Khusus”) dan akan menjadi dokumen yang mengikat secara sah antara anda dan Penganjur. Dengan melengkapkan tempahan di bawah Promosi, anda bersetuju bahawa anda telah membaca, memahami dan untuk diikat oleh Terma dan Syarat Khusus ini, Terma Pengangkutan serta Terma Penggunaan dan Pernyataan Privasi Laman Web, serta terma dan syarat Visa yang lain.
  5. Tempoh sah

  6. Promosi akan diadakan untuk tempoh tujuh (7) hari bermula dari 10:00 pagi 14 Disember 2020 hingga11:59 malam 20 Disember 2020 (“Tempoh Promosi”).
  7. Promosi untuk Penerbangan dan SNAP hanya tersedia untuk tempahan dengan kod penerbangan AK bagi perjalanan domestik dalam Malaysia dan untuk tempoh penerbangan 21 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021.
  8. Tempoh Promosi adalah berdasarkan zon waktu Malaysia (GMT+8).
  9. Terma dan Syarat Khusus

  10. Promosi ini hanya sah untuk tempahan Produk yang dibuat oleh ahli AirAsia (“Ahli”) di Laman Web menggunakan Kad VISA.
  11. Anda layak untuk menyertai promosi ini sebanyak satu kali sahaja bagi setiap Kad Visa yang berjaya didaftarkan sebagai kaedah pembayaran untuk transaksi di Laman Web semasa Tempoh Promosi.
  12. Diskaun akan dipaparkan secara automatik di halaman semak keluar setelah butiran kad kredit VISA yang sah dimasukkan.
  13. Sepanjang Tempoh Promosi, setiap Produk adalah tertakluk pada jumlah penebusan maksimum, seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. Hanya Penerbangan yang mempunyai penebusan maksimum harian akan disegar semula setiap jam 12:00 tengah malam, dan mana-mana penebusan yang masih berbaki akan dibawa ke hari berikutnya. Bagi mengelakkan keraguan, Promosi ini adalah berasaskan konsep 'siapa cepat, dia dapat'.
  14. Tempahan mestilah dibuat dalam mata wang RM dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM100 untuk Penerbangan dengan atau tanpa produk sampingan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada tempat duduk, hidangan dan bagasi), SNAP dan Hotel. Promosi tidak terpakai untuk tempahan yang dibuat di bawah Tempahan Saya di Laman Web.
  15. Promosi tidak akan terpakai sekiranya jumlah akhir yang dikenakan ke atas kad adalah kurang daripada perbelanjaan minimum. Jumlah bayaran akhir yang akan anda terima, adalah merupakan jumlah sebenar yang dikenakan, ditolak dengan penggunaan Mata Ganjaran BIG atau kredit di dalam akaun.
  16. Lain-lain

  17. Selain daripada Terma dan Syarat Khusus ini, anda juga mengakui dan menerima bahawa, anda akan selanjutnya tertakluk pada terma dan syarat Produk yang boleh didapati di Laman Web serta terma dan syarat saudagar yang berkenaan (jika ada) yang boleh didapati di laman web mereka.
  18. Terma dan Syarat Khusus ini akan mengatasi mana-mana terma, syarat, peruntukan atau gambaran yang tidak konsisten yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi lain, yang berkaitan dengan Promosi ini. Sekiranya terdapat ketidakkonsistenan antara terma dalam Terma dan Syarat Khusus ini dan peruntukan atau bahan lain, Terma dan Syarat Khusus ini hendaklah diguna pakai.
  19. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kegagalan untuk mematuhi atau atas apa-apa kelewatan dalam melaksanakan kewajipannya, sekiranya ia adalah disebabkan oleh keadaan yang berada di luar kawalannya yang munasabah. Keadaan tersebut adalah termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keadaan cuaca, kebakaran, banjir, taufan, mogok, pertikaian perusahaan, perang, permusuhan, pergolakan politik, rusuhan, kekacauan awam, epidemik dan pandemik seperti yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kemalangan yang tidak dapat dielakkan, undang-undang alternatif, atau apa-apa keadaan lain yang di luar kawalan Penganjur.
  20. Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk mengubah, memadam atau membuat penambahan pada mana-mana terma dan syarat yang terkandung di sini dan/atau membatalkan, menamatkan atau menggantung Promosi ini dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis awal, serta terma dan syarat yang telah disemak semula tersebut akan disiarkan di Laman Web dengan serta-merta. Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Penganjur Promosi ini tidak melayakkan anda untuk membuat sebarang tuntutan terhadap atau menerima pampasan daripada Penganjur untuk apa-apa dan semua kerugian atau kerosakan yang timbul, sama ada Penganjur telah diberitahu atau tidak mengenai kemungkinan kerugian atau kerosakan tersebut.
  21. Anda hendaklah bertanggungjawab ke atas semua cukai, kadar, bayaran kerajaan atau apa-apa bayaran lain yang mungkin dikenakan kepada anda di bawah undang-undang yang terpakai, jika ada, yang berkaitan dengan Promosi ini, produk dan semua perkhidmatan.
  22. Anda bersetuju untuk membebaskan, mempertahankan, dan menanggung rugi Penganjur dengan sepenuhnya daripada dan atas semua kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian turutan yang timbul dengannya), kerosakan, perbelanjaan dan semua tindakan, prosiding, tuntutan, permintaan, kos pihak ketiga (termasuk tanpa prejudis kepada keluasan peruntukan ini, kos perundangan satu sama lain, kecederaan diri, kematian, kerugian atau kemusnahan harta benda, hak publisiti atau privasi, fitnah), keputusan dan kerosakan yang mungkin timbul akibat daripada tempahan Produk oleh anda di bawah Promosi ini.
  23. Sekiranya berlaku sebarang ketidaktekalan, konflik, kesamaran atau percanggahan mengenai Terma dan Syarat Khusus versi Bahasa Inggeris ini dengan mana-mana versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai pada setiap masa. Anda juga dianggap telah memberi persetujuan bagi pengumpulan maklumat peribadi yang ditadbir oleh Dasar Privasi kami yang tersedia di Laman Web.
  24. Terma dan syarat ini dikawal oleh undang-undang Malaysia dan apa-apa pertikaian yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan promosi ini akan didengar dan akhirnya diselesaikan di mahkamah di Malaysia.



Promosi AirAsia

Terma Umum

  • Ahli BIG perlu melog masuk untuk menikmati diskaun ahli.
  • Tempat duduk kami adalah terhad dan mungkin tidak boleh didapati untuk semua penerbangan, semua destinasi termasuk semasa cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu.
  • Promosi bagi tempahan yang dibuat melalui airasia.com dan Aplikasi Mudah Alih AirAsia adalah terhad kepada tambang asas biasa sahaja dan tidak termasuk Premium Flex atau Pek Nilai.
  • Tambang termasuk semua yang tertera di laman web kami adalah untuk perjalanan sehala, termasuk tambang asas dan semua cukai, bayaran serta caj yang dikenakan oleh badan kawal selia yang berkaitan.
  • Semua cukai, bayaran atau caj yang dikenakan oleh badan kawal selia mestilah dibayar semasa pembelian dibuat kecuali dinyatakan sebaliknya.
  • Bayaran dalam mata wang asing adalah tertakluk pada kadar pertukaran mata wang semasa pada hari pembayaran.
  • Tertakluk pada terma dan syarat pengangkutan AirAsia.
  • Rujuk di sini untuk semua bayaran dan caj yang dikenakan bagi tempahan penerbangan AK dan D7
Refer here for all fees and charges applicable to the booking of AK and D7 flights.

Bayaran Pemprosesan

  • Bermula 22 September 2019, jam 0001 (GMT+ 8), bayaran pemprosesan tidak akan dikenakan untuk tempahan baharu yang dibuat melalui airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk penerbangan ke dan dari Malaysia. Ini tidak termasuk penerbangan FlyThru antarabangsa yang transit di Malaysia.

Kempen Tempat Duduk Percuma

  • Ahli BIG perlu melog masuk untuk menikmati diskaun ahli.
  • Tempat duduk percuma adalah tidak termasuk cukai lapangan terbang dan bayaran lain yang berkaitan.
  • Tempat duduk percuma atau tambang dengan harga diskaun adalah terhad dan mungkin tidak boleh didapati untuk semua penerbangan, semua destinasi termasuk semasa cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu.

Kod Promo

  • Kod promo hanya sah dan boleh digunakan semasa tempoh kempen yang ditetapkan sahaja.
  • Semua tempahan perlu dibuat oleh pengguna melalui airasia.com atau Aplikasi Mudah Alih AirAsia.
  • Kod promo akan terhad kepada tempoh penempahan dan tempoh penerbangan, selain terma dan syarat khusus yang disertakan bersama setiap kod promo.
  • Kod promo adalah terhad dan mungkin tidak boleh didapati untuk semua penerbangan, semua destinasi termasuk semasa cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu.