Pasport & Visa
Jika anda ingin mengembara ke luar negara, anda memerlukan pasport untuk menaiki penerbangan antarabangsa dan memasuki mana-mana negara. Umumnya, pasport anda hendaklah sah untuk sekurang-kurangnya enam bulan selepas tarikh kemasukan ke negara asing.
Sila pastikan bahawa anda memenuhi semua keperluan pasport, visa dan kesihatan negara destinasi anda. Mungkin ada negara yang mengenakan keperluan kemasukan yang di luar jangkaan anda. Oleh itu, pastikan anda sentiasa memeriksa keperluan kemasukan negara destinasi anda sebelum membuat perjalanan. Kami tidak akan bertanggungjawab jika mana-mana pihak berkuasa tempatan mengusir dan/atau menafikan kemasukan anda ke destinasi anda.
Jika anda membuat perjalanan ke atau dari Amerika Syarikat, berikut adalah beberapa perkara penting yang anda perlu tahu sebelum anda terbang.