Bagasi

Bagasi Kabin

baggage-lp-msmy

Semua tetamu (kecuali bayi) dibenarkan membawa 2 buah bagasi kabin ke dalam pesawat yang terdiri daripada:

Satu (1) Bagasi Kabin:

  • TIDAK MELEBIHI ukuran 56 cm (T) x 36 cm (P) x 23 cm (D).
  • MESTILAH MUAT diletakkan di dalam ruang simpanan bagasi di bahagian atas di dalam kabin pesawat.

Satu (1) beg Komputer Riba atau satu (1) beg tangan atau satu (1) beg bersaiz kecil:

  • MESTILAH TIDAK melebihi ukuran 40 cm (T) X 30 cm (L) X 10 cm (D).
  • MESTILAH MUAT diletakkan di bawah tempat duduk hadapan anda.

Jumlah berat kedua-kedua bagasi mestilah tidak melebihi 7 kg.



Bagasi berdaftar

Sekiranya anda perlu membawa lebih banyak barangan, kami menyediakan pilihan peruntukan bagasi berdaftar berikut untuk anda. Bayaran bagasi berdaftar dikenakan.

15 kg
(Tersedia untuk penerbangan domestik sahaja)
20 kg 25 kg 30 kg 40 kg

Jika anda membuat perjalanan ke atau dari Amerika Syarikat, bagasi berdaftar tersedia untuk pratempahan mengikut bilangan bagasi:

  • 1 bagasi, berat maksimum 20 kg
  • 2 bagasi, berat maksimum 20 kg setiap satu

Jika anda telah membeli Pek Nilai atau memilih Premium Flex atau Katil Rata Premium untuk penerbangan anda, peruntukan bagasi berdaftar akan disertakan dalam tambang.

Bayaran bagasi berdaftar dikenakan pada kadar terendah semasa tempahan awal penerbangan. Anda boleh membuat pratempahan pada waktu yang lebih kemudian melalui akaun Ahli BIG anda atau semasa membuat daftar masuk web pada kadar biasa. Bayaran dikenakan pada kadar yang paling tinggi di lapangan terbang, jadi pratempah peruntukan bagasi berdaftar anda lebih awal.


Pratempah bagasi sekarang

Maklumat lanjut mengenai bagasi | Bagasi berdaftar | Bagasi kabin | Barangan terlarang | Bagasi salah urus | Peralatan sukan