Katil Rata Premium

Nikmati penerbangan yang penuh selesa dengan Katil Rata Premium. Tempat duduk dengan ruang yang luas ini boleh direbahkan sepenuhnya menjadi katil rata. Ia dilengkapi dengan skrin privasi, penyandar kepala dan kaki boleh laras, bantal serta duvet untuk keselesaan maksimum selain lampu bacaan dan soket kuasa universal.



Bukan itu sahaja; tetamu penerbangan AirAsia X juga akan dapat menikmati keistimewaan berikut:

Peruntukan Bagasi Percuma

40 kg peruntukan bagasi berdaftar. Jadi bawa lebih banyak bagasi untuk keperluan perjalanan anda!

Hidangan Percuma

Pilih sajian kegemaran anda daripada rangkaian menu hidangan, snek dan minuman kami.

Pilih Tempat Duduk

Nikmati ruang kaki yang luas apabila anda memilih mana-mana daripada 12 tempat duduk Katil Rata Premium dalam baris 1-2.

Bantal dan Duvet

Nikmati tidur yang selesa dengan bantal dan duvet yang empuk. Anda pasti terasa seperti berada di rumah.

Penukaran Penerbangan

Penukaran penerbangan tanpa had sehingga 2 jam sebelum waktu berlepas asal dan 4 jam sebelum waktu berlepas baharu anda, tertakluk pada perbezaan tambang.

Kaunter Katil Rata Premium

Kaunter khas untuk kemudahan anda.

Kemasukan Xpres

Jadi antara tetamu yang terawal menaiki pesawat.

Keutamaan Bagasi

Jadi antara tetamu yang terawal menerima bagasi anda selepas pesawat mendarat.

Akses ke Ruang Menunggu Premium AirAsia

Jika anda menaiki penerbangan antarabangsa dan berlepas dari klia2, anda boleh berehat, bersantai atau menyiapkan urusan kerja (hingga 3 jam bagi setiap akses ruang menunggu) sebelum meneruskan perjalanan anda bersama kami.

Hiburan Dalam Penerbangan Xcite 1

Nikmati akses tanpa henti ke pelbagai filem, siri TV, muzik, permainan dan majalah—semuanya pada Xcite Tab.

Insurans dengan Tune Protect2

Jaminan ketepatan Masa 1 jam dan Kelewatan Bagasi.

1 Tersedia dalam penerbangan AirAsia X (D7) sahaja kecuali ke/dari New Zealand, Arab Saudi, Nepal dan Amerika Syarikat.

2 Insurans perjalanan hanya tersedia untuk semua penerbangan terus yang berlepas dari negara terpilih.Tidak tersedia untuk Fly-Thru dan Pengangkutan ke Pulau dan Bandar.Sila ambil maklum bahawa insurans perjalanan juga tidak tersedia untuk penerbangan antara Kuala Lumpur dan Auckland/Honolulu/Dhaka. Tune Protect Travel - AirAsia ditaja jamin oleh syarikat insurans rakan kongsi tempatan bergantung pada negara perlepasan pertama anda. Ada soalan?AskAirAsia.

Naik taraf ke Katil Rata Premium pada harga yang lebih rendah dengan Premium Up!

Sudah menempah tempat duduk ekonomi tetapi mahu menaik taraf tempat duduk? Gunakan Premium Up - sistem bidaan yang membolehkan anda menaik taraf ke Katil Rata Premium untuk harga pilihan anda sendiri!

Jika anda layak untuk Premium Up, anda akan menerima emel jemputan tujuh (7) hari sebelum penerbangan anda untuk membida bagi naik taraf. Bilangan Katil Rata Premium yang ditawarkan bagi setiap penerbangan adalah terhad mengikut ketersediaan. Tempat duduk akan dimenangi oleh pembida tertinggi!



Nikmati Keselesaan Katil Rata Premium Sekarang!