Pernyataan Privasi

[Terakhir dikemas kini 4 Oktober 2023]

Halaman ini menetapkan pernyataan privasi (“Pernyataan Privasi”) untuk penggunaan laman web www.airasia.com, aplikasi mudah alih airasia.com dan mana-mana halaman yang ada dalam domain airasia.com (secara kolektifnya dikenali sebagai “Laman Web”). Laman Web ini dimiliki dan dikendalikan oleh AirAsia Com Travel Sdn Bhd.

Pengenalan

AirAsia Com Travel Sdn Bhd mengambil berat tentang hak privasi anda. Oleh kerana itu, AirAsia bersama-sama dengan Kumpulan Syarikat Capital A, berjanji untuk bertanggungjawab apabila mengumpul maklumat peribadi anda dan untuk melindungi privasi anda dalam setiap cara yang mungkin. Walaupun Pernyataan Privasi ini bukan merupakan kontrak dan tidak mewujudkan sebarang hak undang-undang, tetapi ia berfungsi sebagai ungkapan komitmen kami untuk melindungi maklumat peribadi anda yang sulit.

AirAsia Com Travel Sdn Bhd dan anak-anak syarikatnya (“AirAsia”, “kami”) adalah entiti yang dimiliki secara tidak langsung oleh Capital A Berhad (“Capital A”). Capital A, dengan anak syarikat masing-masing dan anggota gabungan secara kolektif akan dikenali sebagai Kumpulan Syarikat Capital A. Untuk mengelakkan keraguan, anggota gabungan bermaksud entiti, kini dan masa depan, yang secara langsung atau tidak langsung, melalui satu atau lebih perantara, kawalan, dikawal oleh, atau berada di bawah kawalan bersama dengan AirAsia. Untuk mengelakkan keraguan, anggota gabungan bermaksud entiti, kini dan masa depan, yang secara langsung atau tidak langsung, melalui satu atau lebih perantara, kawalan, dikawal oleh, atau berada di bawah kawalan bersama dengan AirAsia. Terma “kawalan” (termasuk terma “yang dikawal oleh” dan “di bawah kawalan bersama”) iaitu pemilikan, secara langsung atau tidak langsung, dengan kuasa mengarah atau penyebab hala tuju pengurusan dan polisi AirAsia sama ada melalui pemilikan sekuriti undian, melalui kontrak atau sebaliknya.

Kami berhak untuk meminda, mengubah suai, menambah, memadam dan membuat pembetulan pada Pernyataan Privasi ini pada bila-bila masa dan akan memaklumkan pengguna mengenainya dengan mengemas kini pernyataan di Laman Web dan dengan menyertakan label “Baru Dikemas Kini” bersama dengan pautan “Pernyataan Privasi” di laman web untuk tempoh 30 hari. Setelah 30 hari, Pernyataan Privasi versi yang terkini tersebut akan mengatasi semua versi Pernyataan Privasi yang terdahulu dengan serta-merta, tanpa sebarang tindakan selanjutnya oleh kami. Anda mengakui dan bersetuju bahawa semua Maklumat Peribadi anda yang dikumpulkan atau diproses oleh kami (termasuk semua maklumat yang sudah ada dalam simpanan kami) akan diproses mengikut terma dan syarat versi Pernyataan Privasi terkini yang terdapat di Laman Web.

Pernyataan Privasi ini menerangkan tentang maklumat yang kami kumpulkan, cara ia digunakan, bila ia akan dikongsikan dengan orang lain dan cara kami melindungi kerahsiaan dan keselamatannya.

Pernyataan Privasi ini terpakai kepada semua pengguna Laman Web dan sesiapa yang memberikan Maklumat Peribadi mereka kepada mana-mana pihak ketiga yang menyediakan produk dan perkhidmatan.

Pengumpulan Maklumat

Kami mengumpul dan mengekalkan maklumat yang anda masukkan di Laman Web kami atau yang anda berikan kepada kami dalam apa-apa cara lain (secara kolektif sebagai “Maklumat Peribadi”). Anda boleh memilih untuk tidak memberikan maklumat tertentu, tetapi anda tidak akan dapat menikmati semua ciri Laman Web kami, produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh kami. Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan daripada anda akan membantu kami untuk memperibadikan dan meningkatkan pengalaman dalam talian anda secara berterusan. Berikut adalah jenis Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan:

  • Maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi contohnya: nama, foto, ciri-ciri wajah, jantina, tarikh lahir, kewarganegaraan, nombor pasport/kad pengenalan, tarikh luput pasport, negara pengeluar pasport dan negara tempat tinggal;
  • Maklumat perhubungan contohnya: alamat, alamat e-mel dan nombor telefon;
  • Maklumat pembayaran contohnya: maklumat kad kredit atau debit, termasuk nama pemegang kad, nombor kad, bank pengeluar kad, negara pengeluar kad, tarikh luput kad dan maklumat akaun bank;
  • Maklumat transaksi seperti maklumat yang berkaitan dengan pembelian produk dan perkhidmatan yang dibuat di Laman Web;
  • Maklumat kesihatan atau rekod perubatan;
  • Maklumat teknikal seperti alamat protokol internet dan pengenalan Peranti; dan
  • Bahan audio seperti sampel suara apabila menggunakan carian suara.

Apabila anda berinteraksi dengan aplikasi yang dicipta oleh kami, kami akan mengumpul maklumat mengenai lokasi dan peranti mudah alih anda seperti komputer riba, komputer, telefon bimbit, jam pintar, tablet dan gajet lain (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Peranti”). Maklumat tersebut mungkin akan digunakan untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan berasaskan lokasi seperti hasil carian dan kandungan pemasaran. Anda boleh menolak untuk berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan kami, atau mematikan perkhidmatan berasaskan lokasi di Peranti anda pada bila-bila masa.

Penggunaan Maklumat yang Dikumpulkan

Kami mungkin menggunakan Maklumat Peribadi untuk tujuan-tujuan berikut:

  • AirAsia dan Kumpulan Syarikat Capital A yang mempunyai akses kepada Maklumat Peribadi ini dengan kebenaran kami dan yang perlu mengetahui atau mempunyai akses kepada Maklumat Peribadi ini untuk: melaksanakan perkhidmatan yang diminta oleh anda (termasuk untuk membuat, mentadbir dan mengurus tempahan atau mengendalikan pembayaran, daftar masuk tunggal dan perkhidmatan pelanggan); menganalisis cara anda menggunakan Laman Web ini dan laman web lain yang dimiliki oleh AirAsia atau Kumpulan Syarikat Capital A; untuk membangunkan dan menambah baik sebarang produk dan perkhidmatan sedia ada dan akan datang yang ditawarkan oleh kami; untuk meneroka inisiatif berpotensi selanjutnya, untuk mengoptimumkan penyelidikan, meningkatkan kebolehan ramalan kami; dan untuk tujuan perniagaan AirAsia lain atau Kumpulan Syarikat Capital A, mengesan, mencegah dan menyiasat transaksi dan/atau aktiviti penipuan, aktiviti haram lain dan pelanggaran data, penyiasatan dalaman (audit/pematuhan); atau seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang terpakai.
  • Tujuan pentadbiran seperti memproses, mengesahkan, memenuhi dan melengkapkan transaksi anda dan permintaan anda ke atas produk dan perkhidmatan kami.
  • Pembekal produk dan perkhidmatan pihak ketiga seperti hartanah penginapan dan/atau pembekal produk dan perkhidmatan yang memenuhi transaksi anda. Pembekal pihak ketiga ini boleh menghubungi anda apabila perlu untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai anda untuk memudahkan dan memenuhi transaksi anda.
  • Penyedia perkhidmatan kami yang menyediakan perkhidmatan pemprosesan data kepada kami, (contohnya pengendali laman), atau yang memproses maklumat peribadi untuk tujuan seperti kad kredit dan pemprosesan pembayaran, analisis perniagaan, perkhidmatan pelanggan, pemasaran atau pengedaran tinjauan untuk memudahkan penyampaian perkhidmatan dalam talian dan pengiklanan yang disesuaikan dengan minat anda, dan/atau pencegahan penipuan. Penyedia perkhidmatan kami hanya akan memproses maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan fungsi mereka. Mereka tidak dibenarkan untuk berkongsi atau menggunakan maklumat tersebut untuk sebarang tujuan lain.
  • Rakan kongsi perniagaan yang sama-sama menawarkan produk dan perkhidmatan bersama kami atau produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di Laman Web kami. Jika anda memilih untuk mengakses pilihan perkhidmatan ini, kami kadangkala akan berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan rakan kongsi tersebut.
  • Apabila dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang, seperti melindungi kami daripada liabiliti, untuk bertindak balas kepada sapina, proses kehakiman, permintaan yang sah, waran atau yang setaraf oleh oleh pegawai penguatkuasa undang-undang atau pihak berkuasa untuk menyiasat penipuan atau salah laku lain atau sebagaimana yang dikehendaki atau perlu untuk mematuhi undang-undang yang terpakai, melindungi kepentingan sah kami atau kepada pembeli berkaitan dengan sebarang penjualan, tugasan atau pemindahan lain bagi semua atau sebahagian daripada perniagaan atau syarikat kami. Kami juga boleh, selaras dengan undang-undang yang terpakai, mendedahkan Maklumat Peribadi anda untuk menguatkuasakan atau menggunakan terma dan syarat yang terpakai untuk perkhidmatan kami atau untuk melindungi hak, harta benda, atau keselamatan AirAsia dan Kumpulan Syarikat Capital A, pengguna kami dan mereka yang lain.
  • Penyusunan semula perniagaan termasuklah sebahagian daripada penjualan, penyerahan hak atau pemindahan perniagaan kami yang lain atau peralihan perkhidmatan kepada penyedia lain. Kami akan meminta kebenaran anda jika dikehendaki oleh undang-undang terpakai.

Kami menyediakan perlindungan sesuai untuk perkongsian berikut seperti yang dikehendaki oleh undang-undang terpakai untuk melarang pihak ketiga daripada menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk tujuan mereka sendiri dan untuk menangani keselamatan dan kerahsiaan Maklumat Peribadi anda. Kecuali seperti yang dinyatakan dalam Pernyataan Privasi ini atau seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa persetujuan anda.

Jika anda telah memilih untuk melanggan Keahlian AirAsia, penggunaan maklumat peribadi anda adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Keahlian AirAsia.

Dalam senario berkaitan pekerjaan, kami akan menggunakan maklumat yang anda berikan secara sukarela untuk membandingkan dengan spesifikasi / kriteria pekerjaan yang kami cari / yang kami ingin ambil untuk bekerja.

Perkongsian Maklumat yang Dikumpulkan

Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda kepada:

  • Kumpulan Syarikat Capital A;
  • pengendali rangkaian pembayaran dan penyedia pengesahan kad kredit, (termasuk VISA, MasterCard, China Union Pay, jika berkenaan), agensi kerajaan, pihak berkuasa kawal selia, jika dan apabila diperlukan;
  • Pihak berkuasa dan agensi kerajaan seperti lapangan terbang, polis, kastam, imigresen, keselamatan dan kakitangan keselamatan;
  • analisis data, agensi pemasaran, pembekal produk dan perkhidmatan pihak ketiga, rakan niaga atau penyedia perkhidmatan, pihak yang mempunyai urusan perniagaan atau kontrak dengan AirAsia dan Kumpulan Syarikat Capital A dan pihak ketiga lain yang dapat menunjukkan bahawa anda telah secara jelas bersetuju dengan pendedahan Maklumat Peribadi anda oleh kami kepada pihak ketiga tersebut (secara kolektif dikenali sebagai “Pihak Ketiga yang Dibenarkan”).

Maklumat Peribadi anda juga boleh dikongsikan atau dipindahkan kepada mana-mana pemegang serah hak, penerima pindahan atau pemeroleh kami yang sebenar dan yang berpotensi (termasuk Kumpulan Syarikat Capital A dan anggota gabungan serta anak syarikat kami), atau berkaitan dengan mana-mana penstrukturan semula atau perlaksanaan korporat termasuk penstrukturan semula kami untuk memindahkan perniagaan, aset dan/atau liabiliti.

Selain itu, anda bersetuju dan mengakui bahawa hak yang telah anda berikan kepada AirAsia untuk menggunakan, mengumpul, mendedahkan dan sebaliknya memproses Maklumat Peribadi anda (seperti yang diterangkan dalam Pernyataan Privasi ini dan mana-mana perjanjian lain antara kami dan anda), boleh dipindahkan atau diserahkan kepada mana-mana pemegang serah hak, penerima pindahan atau pemeroleh AirAsia yang sebenar dan yang berpotensi dan/atau seorang atau lebih ahli Kumpulan Syarikat Capital A untuk tujuan pensekuritian, yang berkaitan dengan apa-apa aktiviti pengumpulan modal atau dana yang dijalankan oleh AirAsia atau Kumpulan Syarikat Capital A. Pemindahan atau penyerahan hak tersebut tidak akan menjejaskan keupayaan anda untuk menggunakan mana-mana hak anda yang berkaitan dengan Maklumat Peribadi anda. Pada setiap masa, kami akan memastikan bahawa anda akan terus mempunyai keupayaan untuk menggunakan semua hak yang berkaitan dengan Maklumat Peribadi anda (seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang perlindungan data yang terpakai).

Pada setiap masa, kami akan memastikan bahawa anda akan terus mempunyai keupayaan untuk menggunakan semua hak yang berkaitan dengan Maklumat Peribadi anda (seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang perlindungan data yang terpakai). Dalam keadaan penamatan keselamatan, data yang menjadi sebahagian daripada keselamatan mungkin akan dipindahkan kepada penerima pindahan / pemegang serah hak / pemeroleh dan diproses oleh mereka untuk tujuan mereka sendiri, tetapi hak berkanun anda terhadap Maklumat Peribadi anda akan tetap terpelihara.

Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda, kami sentiasa meningkatkan dan memperluaskan perkhidmatan kami bagi memenuhi keperluan anda yang sentiasa berkembang. Bagi merealisasikan tujuan perniagaan ini, kami akan, dari masa ke masa berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan Kumpulan Syarikat Capital A dan Pihak Ketiga yang Dibenarkan untuk menyediakan promosi, tawaran, produk dan perkhidmatan yang mungkin atau bukan milik kami. Walau bagaimanapun, untuk memastikan bahawa anda tidak akan menerima komunikasi yang tidak diingini, hanya maklumat yang berkenaan dengan promosi, tawaran, produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan transaksi anda dengan kami akan dikongsikan.

Dalam keadaan yang dinyatakan dalam Pernyataan Privasi ini di mana kami berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pihak ketiga, kami akan memastikan bahawa langkah-langkah keselamatan yang digunakan oleh pihak tersebut yang berkaitan dengan pemprosesan data anda adalah sekurang-kurangnya seketat langkah-langkah yang diguna pakai oleh kami, atau lebih baik lagi. Ini tidak terpakai jika kami perlu memberikan maklumat anda kepada pihak ketiga atas kehendak undang-undang.

Sekiranya kami melakukan peralihan perniagaan, seperti penjualan sebahagian atau semua aset kami, penggabungan atau pengambilalihan, penstrukturan semula atau ketidakmampuan bayar, Maklumat Peribadi anda dan/atau hak di dalamnya yang berkaitan dengan Maklumat Peribadi anda, mungkin akan menjadi sebahagian daripada peralihan ini dan dipindahkan.

Kami mungkin berkongsi maklumat tanpa nama anda dan/atau maklumat teragregat tentang semua pengguna kami dengan Kumpulan Syarikat Capital A dan/atau Pihak Ketiga yang Dibenarkan.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pengendalian dan pengurusan Maklumat Peribadi yang didedahkan kepada, atau dikongsi dengan Kumpulan Syarikat Capital A dan/atau Pihak Ketiga yang Dibenarkan di bawah ini, anda boleh menghubungi kami mengikut cara yang diterangkan di bawah bahagian “Hubungi Kami” di bawah.

Kuki

Kuki adalah fail kecil yang mengandungi maklumat yang dimuat turun ke Peranti anda apabila anda mengunjungi Laman Web kami. Kami menggunakan kuki untuk mengenali maklumat berkaitan pilihan anda, menjejaki tempahan anda dan memudahkan pentadbiran Laman Web. Sekiranya anda terus melayari Laman Web kami tanpa mengubah tetapan pelayar laman web atau Peranti anda yang mengawal kuki, anda bersetuju untuk menerima kuki apabila anda menggunakan perkhidmatan di Laman Web kami. Kebanyakan pelayar laman web menerima kuki secara automatik, tetapi, jika anda mahu, anda boleh menetapkan pelayar anda untuk menghalang ia daripada menerima kuki. Bahagian “Bantuan” di bar peralatan pada kebanyakan pelayar akan memberitahu anda cara untuk mematikan kuki.

Adalah penting untuk anda menghalang akses yang tidak dibenarkan ke kata laluan anda dan Peranti anda. Anda perlulah sentiasa log keluar daripada akaun keahlian AirAsia anda selepas menggunakan Peranti kongsi. Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang cara untuk “log keluar”.

  • Fungsi: Kuki ini membolehkan anda menggunakan Laman Web kami. Kuki ini penting bagi membolehkan anda melayari Laman Web kami dan menggunakan ciri-ciri tertentu. Mematikan kuki ini mungkin menyebabkan anda tidak dapat menggunakan sesetengah bahagian di Laman Web. Tanpa kuki ini, perkhidmatan seperti aktiviti log masuk, tempahan dan pembayaran tidak dapat disediakan. Kuki ini juga membantu memastikan agar Laman Web kami selamat dan dilindungi.
  • Pilihan: Kuki ini menyimpan maklumat seperti negara pilihan anda, pilihan bahasa dan pilihan laman web. Tanpa kuki ini, Laman Web kami mungkin tidak dapat mengingati pilihan tertentu yang dibuat oleh anda sebelum ini atau memperibadikan pengalaman pelayaran anda dengan menyediakan maklumat yang relevan.
  • Analisis: Kuki ini mengumpul maklumat mengenai cara anda menggunakan Laman Web kami seperti halaman yang sering anda kunjungi. Kuki ini digunakan untuk memberikan anda pengalaman berkualiti tinggi dengan melakukan perkara seperti menjejaki beban halaman, masa tindak balas laman web dan mesej ralat.
  • Kandungan/Pengiklanan: Kuki ini mengumpul maklumat mengenai penggunaan Laman Web kami oleh anda supaya kami boleh meningkatkan pengalaman anda dan menyediakan kandungan dan iklan yang lebih relevan untuk anda. Sesetengah kuki ini adalah daripada pihak ketiga yang mengumpul maklumat mengenai pengguna Laman Web kami untuk menyediakan iklan (di perkhidmatan kami dan di tempat lain) berdasarkan aktiviti dalam talian pengguna yang (dipanggil “pengiklanan berasaskan minat”) di Laman Web kami dan di tempat lain di dalam talian. Pihak ketiga yang terlibat dalam pengiklanan berasaskan minat mengumpul maklumat pelayaran Internet (contohnya laman web yang dikunjungi, waktu laman web dikunjungi) di laman web yang berbeza dan dari semasa ke semasa, dan mereka boleh menggunakan maklumat yang mereka kumpulkan di Laman Web kami untuk menyediakan iklan untuk anda daripada kami dan syarikat lain di seluruh internet.

Penyimpanan Data

Ibu pejabat AirAsia terletak di Malaysia. Walau bagaimanapun, kami boleh memindahkan dan menyimpan Maklumat Peribadi anda di pelayan kami yang terletak di luar negara. Pemindahan sedemikian adalah perlu menurut kontrak kami dengan anda dan/atau kontrak kami dengan pihak ketiga yang berkenaan.

Kami akan memastikan penyimpanan yang mematuhi langkah-langkah keselamatan minimum yang ditetapkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia, peraturan dan piawaiannya, dalam cara berikut:

  • mendaftarkan mereka yang memiliki akses ke simpanan;
  • mengawal dan mengehadkan akses mengikut keperluan;
  • menyimpan rekod akses dan pemindahan Maklumat Peribadi dengan baik;
  • memastikan supaya semua pekerja AirAsia dan Kumpulan Syarikat Capital A melindungi kerahsiaan;
  • menjalankan program kesedaran untuk mendidik pekerja mengenai tanggungjawab untuk melindungi Maklumat Peribadi;
  • mewujudkan prosedur keselamatan fizikal;
  • mengikat pihak ketiga yang terlibat dalam pemprosesan Maklumat Peribadi; dan
  • tidak menggunakan Peranti boleh alih dan perkhidmatan pengkomputeran awan untuk memindahkan atau menyimpan Maklumat Peribadi tanpa bersetujuan bertulis daripada pengurusan atasan AirAsia.

Akses, Kemas Kini atau Padam Maklumat Peribadi Anda

Anda boleh mengakses Maklumat Peribadi anda sama ada untuk menyemak atau mengemas kini dengan log masuk ke Laman Web dan mengklik “Akaun Saya” dalam senarai atau dengan mengklik di sini.

Anda boleh memadam akaun AirAsia anda dan/atau Maklumat Peribadi yang disimpan dengan mengakses aplikasi mudah alih dengan cara ini: Akaun > Tetapan > Padam Akaun. Untuk akses cara lain, anda boleh menghantar permohonan melalui e-borang kami.

Mengurus Komunikasi Pemasaran Anda

Anda boleh memilih dan mengurus kandungan pemasaran pilihan anda daripada kami dengan mengikuti proses yang dinyatakan di bawah:

airasia.com Superapp
Akaun > Tetapan > Keutamaan Pemberitahuan

airasia.com Website
Akaun > Akaun Saya > Keutamaan Pemberitahuan

Minors* Kanak-kanak di Bawah Umur Majoriti

Kami tidak dapat membezakan usia pelawat Laman Web kami. Sekiranya anda merupakan ibu bapa atau penjaga kepada seseorang di bawah umur majoriti di negara anda, yang telah memberikan kami Maklumat Peribadi mereka tanpa pengetahuan dan persetujuan anda, anda boleh meminta supaya kami mengeluarkan maklumat tersebut dengan menghubungi kami di sini.

Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, kebimbangan atau aduan lain yang berkaitan dengan pengendalian dan pengurusan Maklumat Peribadi anda atau berkenaan dengan Pernyataan Privasi ini, anda boleh menghantar e-mel kepada [email protected].

Terma Penggunaan

Berkenaan dengan terma-terma dan syarat-syarat penggunaan Laman Web kami, sila rujuk Syarat Penggunaan Kami untuk maklumat lanjut.