Daftar Masuk dengan Aplikasi Mudah Alih AirAsia

Jadikan pengalaman daftar masuk anda dengan AirAsia lebih pantas, lebih mudah dan lebih selamat dengan AirAsia MOVE, satu lagi produk inovatif yang membolehkan anda mendaftar masuk secara digital di hujung jari anda. AirAsia adalah peneraju dalam produk penerbangan baharu dan revolusioner, dan daftar masuk melalui mudah alih tanpa sentuh ini merupakan komitmen kami dalam membawakan kepada anda bukan sahaja cara untuk daftar masuk dengan cepat dan mudah, tetapi ia juga bertujuan untuk memastikan anda selamat semasa dalam perjalanan.

Mudah, Cepat & Selamat!

Daftar masuk melalui mudah alih untuk penerbangan AirAsia direka untuk menjadikan perjalanan anda mudah, cepat dan selamat.

Tap

Tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter lapangan terbang kerana anda hanya perlukan telefon pintar anda untuk melakukan daftar masuk melalui mudah alih bagi penerbangan AirAsia anda yang seterusnya!

Safe

Melakukan daftar masuk untuk penerbangan AirAsia melalui aplikasi mudah alih bermakna anda tidak perlu beratur bersama-sama dengan ratusan pengembara yang lain. Ini mengurangkan hubungan anda dengan orang ramai di lapangan terbang dengan ketara, membolehkan anda melakukan perjalanan dengan tenang serta mengetahui bahawa anda dan orang yang anda sayangi dapat melakukan perjalanan dengan selamat. Ia merupakan cara yang selamat dan lancar untuk memulakan perjalanan anda.

Save money

Ia juga membantu anda menjimatkan wang kerana fungsi daftar masuk mudah alih AirAsia dapat mengetepikan sebarang caj daftar masuk kaunter. Ini sekali gus memberi penjimatan yang hebat dan merupakan cara terbaik untuk memulakan perjalanan anda!

Panduan Langkah demi Langkah

Berikut ialah panduan ringkas tentang cara menggunakan aplikasi daftar masuk Mudah Alih AirAsia. Pastikan sambungan internet anda tersedia.

Step 1

1

Lancarkan aplikasi Mudah Alih AirAsia

Step 2

2

Ketik pada butang Daftar Masuk pada Bar Navigasi di bawah

Step 3

3

Isikan nama keluarga dan Nombor Tempahan anda

Step 4

4

Lengkapkan formaliti lain yang diperlukan

Step 5

5

Pas masuk anda akan dijana. Simpan satu salinannya dan tunjukkan kepada kakitangan kami di lapangan terbang sebelum menaiki pesawat.

Explore AirAsia MOVE

airasia, The Asean Superapp