Vidi question icon
Soalan Lazim Ditanya (FAQ)
Sekiranya anda tidak menemui jawapan bagi soalan anda di sini, sila hubungi pasukan khidmat sokongan pelanggan kami di support_activities@airasia.com
Apakah itu Aktiviti AirAsia (airasia.com/activities)?

Pelanggan AirAsia kini boleh menempah lawatan, tiket tempat tarikan, dan pengalaman tempatan yang unik melalui platform Aktiviti AirAsia. Rancang dan tempah percutian anda dengan mudah dan pantas dengan lebih daripada 15,000 aktiviti di lebih 80 destinasi di seluruh Asia Pasifik.

Apakah jenis aktiviti darat yang anda tawarkan?

Jenis aktiviti bergantung pada destinasi yang akan anda kunjungi. Aktiviti AirAsia menawarkan produk percutian seperti berikut: lawatan, tiket masuk, tiket untuk beberapa hari, acara, spa dan pengalaman menjamu selera.

Adakah semua aktiviti tersedia di semua destinasi AirAsia?

Aktiviti di airasia.com/activities tersedia untuk pembelian kepada semua pelanggan AirAsia yang membuat perjalanan ke mana-mana destinasi yang disenaraikan. Sekiranya anda membuat carian melalui airasia.com/activities, anda dapat melihat senarai destinasi yang ada menawarkan aktiviti untuk ditempah.

Bagaimanakah untuk menghubungi anda?

Anda boleh menghubungi kami melalui e-mel disupport_activities@airasia.com. Kami akan membantu anda dengan soalan berkaitan dengan tempahan anda dan e-mel anda akan dibalas dalam tempoh 24 jam.

Bolehkah saya membuat tempahan melalui telefon?

Aktiviti AirAsia merupakan Perkhidmatan tempahan dalam talian yang lengkap. Oleh yang demikian, kami tidak dapat menyokong tempahan yang dibuat melalui telefon.

Saya masih belum pasti mengenai tarikh perjalanan saya. Bolehkah saya menempah aktiviti terlebih dahulu tanpa memasukkan tarikh?

Kebanyakan aktiviti dalam Aktiviti AirAsia mestilah mempunyai tarikh pratempah. Ini adalah bagi membolehkan penyedia perjalanan memenuhi keperluan penumpang. Pengecualian diberikan untuk sesetengah aktiviti seperti tiket tempat tarikan, bas 'hop on/hop off' dan lawatan menaiki trem yang tertentu. Maklumat ini akan dinyatakan di halaman aktiviti di bawah seksyen ‘Maklumat Tambahan’.

Apakah yang akan disertakan bersama dengan harga aktiviti?

Ini akan diterangkan dalam seksyen ‘Termasuk’ di halaman aktiviti. Apa yang disertakan dalam harga mungkin berbeza mengikut aktiviti yang ditempah.

Adakah harga yang dipaparkan hanya untuk seorang atau setiap kumpulan?

Kebanyakan aktiviti hanya memaparkan harga untuk seorang sahaja, melainkan jika dinyatakan di halaman aktiviti.

Berapakah aktiviti yang boleh dipratempah di sesebuah destinasi?

Anda boleh menempah seberapa banyak aktiviti yang anda mahukan di sesebuah destinasi. Walau bagaimanapun, sila pastikan jarak masa antara setiap aktiviti adalah mencukupi untuk anda bergerak ke lokasi perjumpaan yang seterusnya.

Bolehkah saya menempah aktiviti apabila saya tiba di destinasi?

Aktiviti AirAsia hanya boleh ditempah secara dalam talian. Pelanggan disarankan untuk membuat pratempahan aktiviti bagi mengelakkan kekecewaan kerana kebanyakan aktiviti yang ditawarkan adalah aktiviti popular, dan ia mungkin akan cepat habis ditempah.

Adakah diskaun akan diberikan untuk pratempahan lebih daripada satu aktiviti yang dibuat dalam satu tempahan yang sama?

Kami bekerjasama dengan beberapa penyedia perkhidmatan perjalanan di seluruh Asia Pasifik dan setiap tempahan dibuat secara berasingan dengan setiap penyedia perkhidmatan perjalanan. Oleh itu, kami tidak dapat menawarkan diskaun pukal untuk tempahan yang mempunyai lebih daripada satu aktiviti.

Berapakah bilangan maksimum tetamu dalam satu tempahan?

Ini adalah berbeza mengikut aktiviti. Maklumat ini boleh didapati di halaman aktiviti ketika anda membuat tempahan. Sekiranya bilangan pelancong melebihi bilangan maksimum, anda boleh mengasingkan tempahan anda kepada dua (atau lebih) tempahan. Walau bagaimanapun, sila ambil maklum bahawa sesetengah aktiviti memerlukan sekurang-kurangnya dua peserta bagi setiap tempahan. Kebanyakan aktiviti dikhususkan untuk pelancong bebas dan kumpulan kecil. Oleh itu, kami tidak dapat menjamin bahawa pelancong dalam kumpulan yang besar akan ditempatkan dalam kumpulan sama.

Sekiranya saya tidak menyertai aktiviti tersebut, adakah saya masih boleh menempah aktiviti untuk orang lain?

Ya, boleh! Tempahan aktiviti boleh dibuat untuk pelancong lain dalam kumpulan anda. Walau bagaimanapun, pelancong yang namanya tertera pada rujukan tempahan atau baucar mestilah dapat menunjukkan kad pengenalan bergambar yang sah pada hari aktiviti.

Adakah harga aktiviti termasuk dengan insurans perjalanan?

Dalam kebanyakan keadaan, harga aktiviti adalah tidak termasuk insurans perjalanan dan ia tidak tersedia untuk pembelian di airasia.com/activities. Kami menyarankan pelanggan supaya membeli insurans perjalanan mereka sendiri dan mendapatkan sebut harga bagi insurans perjalanan daripada ejen pelancongan tempatan atau syarikat insurans yang berlesen.

Apakah yang sedang berlaku, jika berlakunya keralatan atau halaman kosong yang dipaparkan semasa saya ingin membuat tempahan?

Ralat sering berlaku kerana sesetengah halaman mungkin "dicache". Kami menyarankan anda untuk "segar semula" atau "muat semula" halaman dan cuba sekali lagi. Sekiranya anda masih menghadapi kesukaran, sila hubungi kami di support_activities@airasia.com untuk bantuan. Sila sertakan URL laman yang anda layari, mesej ralat yang sebenar yang diterima serta halaman di mana berlakunya ralat.

Bahasa apakah yang tersedia untuk lawatan ini?

Kebanyakan aktiviti yang ditawarkan tersedia dalam Bahasa Inggeris sahaja. Sekiranya ada bahasa lain yang tersedia, ia akan dinyatakan di halaman aktiviti tersebut.

Adakah aktiviti menyediakan perkhidmatan penjemputan di lapangan terbang?

Kebanyakan aktiviti tidak menyediakan perkhidmatan penjemputan di lapangan terbang. Kebanyakan lapangan terbang bandar terletak jauh daripada pusat bandar dan operator tempatan tidak dapat menawarkan perkhidmatan penjemputan dari kawasan ini. Sekiranya ada aktiviti yang menyediakan perkhidmatan penjemputan di lapangan terbang, ia akan dinyatakan di halaman aktiviti tersebut.

Adakah anda mempunyai sebarang promosi atau kod promo sedia ada?

Dari semasa ke semasa, kami menawarkan promosi dan diskaun untuk aktiviti dan/atau destinasi terpilih. Untuk menerima kemas kini mengenai promosi, tawaran istimewa atau kempen yang menarik, daftarlah di airasia.com/activities dan anda akan menjadi antara yang terawal tahu mengenainya.

Bagaimanakah cara untuk menukar mata wang yang dipaparkan di laman web?

Anda boleh menukar mata wang di bar menu di bahagian atas laman web dengan menekan pada pemilih mata wang dan seterusnya memilih mata wang yang diingini.

Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran untuk aktiviti darat?

Anda boleh membayar menggunakan kad kredit, AliPay, Paypal atau pindahan terus ke akaun bank (pelanggan di Malaysia sahaja). Harga yang dinyatakan dalam mata wang pilihan anda adalah seperti yang tertera pada halaman semak keluar dan pembayaran.

Adakah selamat untuk memasukkan butiran kad kredit saya?

Nombor kad kredit anda dihantar oleh SSL (Lapisan Soket Selamat) secara terus ke ruang simpan elektronik yang selamat, seperti yang ditunjukkan oleh ikon 'mangga' kecil yang terdapat pada pelayar anda. Kami tidak akan sekali-kali menyimpan maklumat kad kredit anda di pelayan kami.

Mengapakah saya selalu mengalami ralat apabila membuat bayaran melalui kad kredit?

Tempahan diproses secara automatik dan semua transaksi kad kredit adalah 100% selamat. Sekiranya kad kredit anda terus menunjukkan ralat, anda perlu mengesahkan bahawa kad anda masih belum luput. Anda juga boleh menghubungi pengeluar kad untuk mengesahkan bahawa anda tidak melebihi had perbelanjaan bulanan. Sebagai alternatif, kami menyarankan anda untuk melengkapkan tempahan menggunakan kad kredit yang lain. Untuk bantuan lanjut, sila hantarkan e-mel kepada kami di support_activities@airasia.com dan kami akan membantu anda.

Bagaimanakah saya boleh mengetahui sekiranya tempahan aktiviti saya berjaya?

Anda akan menerima resit melalui e-mel sebaik sahaja anda melengkapkan tempahan anda di airasia.com/activities. Selain itu, sebaik sahaja bayaran dilengkapkan, anda akan dibawa semula ke halaman pengesahan yang akan memaklumkan anda bahawa tempahan anda telah berjaya.

Di manakah saya boleh mendapatkan terma dan syarat Aktiviti AirAsia yang lengkap?

Ini boleh didapati di halaman semak keluar sebaik sahaja anda menekan Semak Keluar — pautan disediakan untuk anda mengakses dan membaca terma dan syarat kami. Anda dianggap telah membaca dan menerima terma dan syarat apabila menekan pada butang Pembayaran. Anda juga boleh mendapatkan maklumat ini dengan menekan pautan ‘Terma dan Syarat’ di bahagian bawah laman web.

Bolehkah anda membantu saya memeriksa sekiranya tempahan saya telah diproses?

Sudah tentu, sila hantarkan e-mel kepada kami di support_activities@airasia.com. Sila sertakan nama dan alamat e-mel anda supaya kami dapat memeriksa status tempahan dan memberikan kemas kini mengenai tempahan anda. Ia juga amat membantu jika anda memberikan ID resit pembayaran dan/atau nombor rujukan tempahan anda.

Bilakah saya akan menerima pengesahan untuk tempahan saya?

Proses pengesahan bergantung pada syarat tempahan dan ia mungkin berbeza mengikut aktiviti. Ini diterangkan dalam seksyen ‘Maklumat Tambahan’ di halaman aktiviti. Kebanyakan aktiviti akan disahkan sebaik sahaja tempahan dibuat. Walau bagaimanapun, ada juga aktiviti yang akan disahkan dalam tempoh 12–48 jam selepas tempahan dibuat. Sekiranya pengesahan tidak diterima dalam tempoh 48 jam, sila hubungi kami di support_activities@airasia.com untuk bantuan.

Adakah saya perlu mencetak rujukan tempahan atau baucar saya?

Kami menyarankan supaya anda selalu mencetak dan membawa salinan kertas baucar anda, walaupun sesetengah aktiviti akan menerima baucar elektronik. Ini akan dinyatakan dengan jelas dalam baucar anda di bawah ‘Keperluan Baucar’.

Sekarang sudah 48 jam selepas saya membuat tempahan. Mengapakah saya masih belum menerima pengesahan?

Kadangkala, pengesahan mungkin mengambil masa melebihi 48 jam, terutamanya ketika hujung minggu dan cuti umum. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan pengesahan bagi aktiviti anda. Sila hubungi kami di support_activities@airasia.com sekiranya anda masih tidak menerima pengesahan dalam tempoh 48 jam, dan pasukan khidmat sokongan pelanggan kami akan membantu anda.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan butiran mengenai penyedia perkhidmatan tempatan?

Butiran penyedia perkhidmatan tempatan, termasuk maklumat perhubungan, akan diberikan dalam e-mel pengesahan atau baucar yang diterima sebaik sahaja tempahan anda disahkan.

Apakah polisi pembatalan?

Maklumat ini boleh didapati di seksyen ‘Maklumat Tambahan’ di halaman aktiviti. Sekiranya anda mempunyai tempahan yang telah disahkan, anda boleh mendapatkan maklumat ini di bawah seksyen Maklumat Tambahan pada baucar anda.

Melainkan dinyatakan secara khusus di halaman aktiviti, polisi pembatalan berikut akan terpakai:Tiket Acara, Tarikan, Teater, Pertunjukan atau Kupon. Untuk aktiviti ini, bayaran tidak akan dikembalikan dalam semua keadaan.

Untuk semua lawatan dan aktiviti lain:

  • Sekiranya anda membuat pembatalan sekurang-kurangnya 7 hari kalendar sebelum tarikh aktiviti, bayaran pembatalan tidak akan dikenakan.
  • Sekiranya anda membuat pembatalan antara 3 dan 6 hari kalendar sebelum tarikh aktiviti, anda akan dikenakan bayaran pembatalan sebanyak 50%.
  • Sekiranya anda membuat pembatalan dalam tempoh 2 hari kalendar sebelum tarikh aktiviti, anda akan dikenakan bayaran pembatalan sebanyak 100%.
Bilakah saya boleh menjangkakan bayaran balik dikreditkan semula ke kad kredit/akaun bank saya?

Sebaik sahaja anda menerima e-mel yang mengesahkan bayaran balik telah diproses, ia akan mengambil masa 7–10 hari bekerja untuk bayaran dikembalikan semula ke kaedah pembayaran atau akaun bank anda. Tempoh ini ditentukan sepenuhnya oleh bank yang memproses dan biasanya berada di luar kawalan kami.

Bagaimanakah cara untuk saya menukar atau membatalkan tempahan saya?

Untuk menukar atau membatalkan tempahan anda, sila hantarkan e-mel kepada support_activities@airasia.combersama dengan butiran tempahan anda dan pasukan Khidmat Sokongan Pelanggan Aktiviti AirAsia akan membantu anda dengan lebih lanjut. Sila sertakan nombor rujukan tempahan dan/atau ID resit pembayaran apabila anda menghubungi kami.

Adakah terdapat sebarang bayaran tambahan untuk menukar tempahan?

Caj mungkin akan dikenakan sekiranya pelanggan memutuskan untuk menukar tarikh aktiviti yang telah ditempah. Tiada caj dikenakan sekiranya pelanggan ingin menukar nama pelancong.

Bagaimanakah cara untuk saya menukar pilihan untuk aktiviti?

Ini akan dianggap sebagai pembatalan dan permintaan mestilah dihantar kepada support_activities@airasia.com. Pasukan khidmat sokongan pelanggan kami akan membantu pelanggan membatalkan tempahan dan memastikan bayaran balik diproses. Selepas itu, anda boleh membuat tempahan baharu untuk pilihan aktiviti yang betul.

Sekiranya jatuh sakit, apakah yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan bayaran balik bagi tempahan saya?

Anda mungkin layak menerima bayaran balik bagi tempahan anda. Walau bagaimanapun, anda mestilah menghantar rujukan tempahan perubatan kepada support_activities@airasia.com dan pasukan khidmat sokongan pelanggan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut mengenai permintaan anda.

Sekiranya berlaku kematian, apakah yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan bayaran balik?

Anda mungkin layak menerima bayaran balik bagi tempahan anda. Walau bagaimanapun, anda mestilah menghantar rujukan tempahan Kematian kepada support_activities@airasia.com dan pasukan khidmat sokongan pelanggan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut mengenai permintaan anda.

Bilakah saya akan menerima bayaran balik saya?

Sekiranya anda telah menghantar tuntutan bayaran balik baru-baru ini, kami ingin meyakinkan anda bahawa pasukan khidmat sokongan pelanggan kami akan memproses permintaan anda dengan secepat mungkin. Walau bagaimanapun, proses ini mungkin mengambil masa sehingga 20 hari bekerja. Anda akan dimaklumkan sebaik sahaja bayaran balik anda diproses. Anda boleh menghubungi pasukan khidmat sokongan pelanggan kami di support_activities@airasia.com untuk bantuan lanjut.

Penerbangan saya telah dibatalkan, apakah yang perlu saya lakukan mengenai tempahan aktiviti saya?

Sekiranya penerbangan dibatalkan , anda haruslah menghubungi penyedia perkhidmatan tempatan bagi aktiviti anda dengan segera untuk membatalkan atau menukar tempahan anda. Anda boleh mendapatkan butiran perhubungan penyedia tempatan di dalam e-mel pengesahan dan/atau baucar anda.

Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hantarkan e-mel kepada kami di support_activities@airasia.com dan pasukan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.

Penerbangan saya telah ditunda, apakah yang perlu saya lakukan mengenai tempahan aktiviti saya?

Sekiranya penerbangan anda ditunda dan anda tidak dapat tiba lebih awal untuk aktiviti anda, anda mestilah menghubungi penyedia perkhidmatan tempatan bagi aktiviti tersebut untuk membatalkan atau membuat pengaturan alternatif secepat yang mungkin. Anda boleh mendapatkan butiran perhubungan penyedia tempatan di dalam e-mel pengesahan dan/atau baucar anda.

Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hantarkan e-mel kepada kami di support_activities@airasia.com dan pasukan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.

Adakah saya akan mendapat bayaran balik dalam bentuk wang tunai untuk tempahan aktiviti sekiranya AirAsia membatalkan penerbangan saya?

Sila hubungi pasukan khidmat sokongan pelanggan kami terlebih dahulu dan batalkan tempahan aktiviti anda sebaik sahaja penerbangan anda dibatalkan. Pasukan khidmat sokongan pelanggan kami akan menerangkan kepada anda dengan lebih lanjut mengenai kelayakan permohonan bayaran balik anda.

Bagaimanakah untuk menghubungi anda?

Anda boleh menghubungi kami di support_activities@airasia.com (24/7) — kami akan membalas e-mel anda dalam tempoh 24 jam.

Saya masih belum menerima pengesahan tempahan saya, apakah yang perlu saya lakukan?

Setelah melengkapkan tempahan, anda akan menerima pengesahan untuk tempahan anda dalam tempoh 48 jam melalui e-mel. Sila periksa sekiranya e-mel tersebut masuk ke folder spam anda secara tidak sengaja. Sekiranya anda masih belum menerima e-mel pengesahan, sila hubungi kami di support_activities@airasia.com untuk bantuan lanjut.

Saya akan terbang tidak lama lagi dan mungkin tidak mempunyai akses ke e-mel saya. Bagaimanakah saya boleh menerima pengesahan dan baucar saya?

Sila hubungi kami di support_activities@airasia.com dan berikan nombor rujukan tempahan serta nama, nombor telefon dan e-mel hotel/penginapan anda. Kami akan memaklumkan melalui telefon atau e-mel sekiranya tempahan anda telah disahkan. Sekiranya ia telah disahkan, baucar pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel yang diberikan. Sila ambil maklum bahawa pilihan ini hanya tersedia untuk pengesahan yang hampir dengan tarikh perlepasan.

Status tempahan saya adalah “menunggu”, apakah maksudnya?

Ini bermakna bahawa kami masih perlu mengesahkan ketersediaan aktiviti dengan penyedia perkhidmatan tempatan. Sebaik sahaja aktiviti disahkan, anda akan dapat mengakses baucar anda. Sekiranya aktiviti tidak tersedia, kami akan menghubungi dan memaklumkan anda mengenainya dengan sewajarnya.Sekiranya anda mahu membatalkan tempahan anda pada peringkat ini, anda boleh berbuat demikian secara percuma dengan menghantar e-mel kepada support_activities@airasia.com dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.

Status tempahan saya adalah “ditolak”, apakah maksudnya?

Ini bermakna bahawa penyedia perkhidmatan tempatan tidak dapat mengesahkan ketersediaan aktiviti tersebut. Dalam keadaan ini, kami akan menghubungi anda untuk berbincang mengenai pilihan alternatif yang tersedia, yang mungkin termasuk menempah aktiviti yang lain atau membatalkan tempahan anda. Sekiranya anda mahu membatalkan tempahan anda pada peringkat ini, anda boleh berbuat demikian secara percuma dengan menghantar e-mel kepada support_activities@airasia.com dan pasukan khidmat sokongan pelanggan kami akan membantu memproses permohonan bayaran balik anda.

Sekiranya aktiviti saya tidak termasuk perkhidmatan penjemputan di hotel, bagaimanakah saya boleh mengetahui mengenai lokasi perjumpaan untuk aktiviti saya?

Ini dinyatakan dengan jelas dalam rujukan tempahan anda, bersama dengan nombor telefon penyedia perkhidmatan tempatan. Anda boleh menghubungi penyedia perkhidmatan sekiranya anda memerlukan panduan atau bantuan untuk mencari lokasi perjumpaan.

Apakah dokumen yang perlu saya sediakan?

Semua dokumen yang diperlukan akan dinyatakan dengan terperinci dalam rujukan tempahan anda. Yang paling penting adalah anda perlu menyediakan rujukan tempahan anda, kad pengenalan bergambar yang sah, dan kadangkala kad kredit yang digunakan untuk membuat tempahan.

Apakah yang perlu saya lakukan dengan rujukan tempahan atau baucar?

Kami menyarankan supaya anda sentiasa mencetak baucar dan membawa salinan kertas baucar bersama anda. Baucar anda adalah unik untuk tempahan anda dan merupakan bukti pembelian. Ia hendaklah ditunjukkan bersama kad pengenalan bergambar yang sah (seperti pasport, lesen memandu, dll.) sebelum memulakan aktiviti pilihan anda atau apabila menebus tiket. Mungkin terdapat arahan berasingan pada baucar anda dan anda disarankan untuk membaca arahan ini terlebih dahulu sebelum tarikh aktiviti anda.

Adakah saya perlu menunjukkan dokumen pengenalan bergambar (ID) untuk menyertai aktiviti?

Ya, anda perlu menunjukkan dokumen pengenalan bergambar yang sah seperti pasport, lesen memandu atau apa-apa bentuk pengenalan lain yang memaparkan foto terkini individu yang merupakan ketua kumpulan untuk aktiviti yang ditempah.

Adakah kanak-kanak dan pelancong lain dalam kumpulan saya memerlukan dokumen pengenalan bergambar?

Tidak, kanak-kanak dan pelancong lain dalam kumpulan anda tidak memerlukan dokumen pengenalan bergambar. Hanya ketua kumpulan atau individu yang namanya tertera pada baucar mungkin diperlukan untuk menyediakan dokumen pengenalan bergambar untuk menebus baucar.

Nama kami di dalam tempahan adalah berbeza daripada nama yang tertera pada dokumen pengenalan bergambar kami.

Ini tidak menjadi masalah asalkan anda mempunyai apa-apa pengenalan bergambar kedua yang sah yang mempunyai nama yang sama seperti nama yang digunakan untuk membuat tempahan aktiviti. Sekiranya ia berbeza, sila hantarkan e-mel kepada support_activities@airasia.com untuk meminda butiran anda.

Bolehkah penyedia perkhidmatan tempatan menghantar saya ke hotel atau bandar selepas aktiviti selesai?

Ini bergantung pada penyedia perkhidmatan tempatan tersebut dan mestilah diminta secara terus kepada mereka pada hari aktiviti anda. Kebanyakan penyedia perkhidmatan perjalanan boleh menghantar anda ke hotel atau bandar utama, bergantung pada jadual mereka pada hari tersebut. Anda mestilah memeriksa dengan mereka secara terus semasa di destinasi, sebelum atau pada hari anda membuat perjalanan.

Bilakah aktiviti saya akan bermula?

Waktu mula bagi aktiviti boleh didapati sama ada dalam e-mel pengesahan atau baucar anda di bawah tajuk ‘Jadual’.

Saya tidak dapat tiba tepat pada masanya untuk mengesahkan semula 24 jam sebelum aktiviti bermula, apakah yang perlu saya lakukan?

Pengesahan semula dalam masa 24 jam sebelum aktiviti bermula adalah diwajibkan untuk sesetengah aktiviti, dan disarankan untuk aktiviti yang lain. Sila rujuk arahan yang terdapat pada rujukan tempahan/baucar anda untuk maklumat yang lebih terperinci. Sekiranya anda tidak dapat tiba di destinasi anda tepat pada masanya untuk mengesahkan semula dalam masa 24 jam, sila sahkan semula dengan penyedia perkhidmatan tempatan sebelum tempoh ini kerana mungkin terdapat perubahan pada waktu dan lokasi penjemputan anda.

Bagaimanakah jika saya perlu menukar tarikh aktiviti saya?

Menukar tarikh aktiviti anda pada saat akhir mungkin akan menyebabkan anda dikenakan penalti pembatalan dan pindaan yang tinggi. Sekiranya anda perlu menukar tarikh aktiviti anda pada saat akhir, sila hubungi penyedia perkhidmatan tempatan anda dan maklumkan mereka mengenainya. Tiada jaminan bahawa mereka akan dapat memenuhi permintaan anda kerana aktiviti mungkin telah habis ditempah.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlewat untuk menyertai lawatan saya?

Sila rujuk butiran perhubungan yang disenaraikan dalam rujukan tempahan/baucar anda dan hubungi penyedia perkhidmatan tempatan untuk arahan selanjutnya. Tiada jaminan bahawa anda akan dapat menyertai lawatan anda semasa waktu penjemputan yang berikutnya kerana ia mungkin telah habis ditempah. Pastikan anda mempunyai waktu yang mencukupi, jika boleh, supaya anda dapat tiba di lokasi penjemputan tepat pada masanya untuk lawatan anda.

Bagaimanakah jika hujan, atau penyedia perkhidmatan tempatan membatalkan aktiviti pada hari itu?

Keadaan cuaca secara langsung menpengaruhi aktivti yang ditempah, semua perkhidmatan perjalanan akan beroperasi seperti biasa kecuali jika berlaku perubahan cuaca yang tidak dapat dielakkan. Sekiranya penyedia perkhidmatan membatalkan aktiviti pada hari itu, sila maklumkan kepada pasukan khidmat sokongan pelanggan kami di support_activities@airasia.com, dan sertakan nama aktiviti dan rujukan tempahan (nombor rujukan tempahan) anda. Bayaran balik akan diberikan kepada anda dengan sewajarnya.

Bagaimanakah sekiranya saya tidak hadir pada hari aktiviti?

Ini mungkin akan menyebabkan anda dikenakan penalti pembatalan dan pindaan yang tinggi. Sila pilih aktiviti perjalanan anda dengan berhati-hati dan baca semua maklumat penting yang terdapat dalam halaman aktiviti dan pautan Terma dan Syarat di bahagian bawah di kebanyakan halaman. Sekiranya anda tidak dapat hadir untuk lawatan anda, sila hubungi pasukan khidmat sokongan pelanggan kami di support_activities@airasia.com. Mereka akan memaklumkan mengenainya kepada penyedia perkhidmatan tempatan bagi pihak anda. Anda mungkin dapat menuntut pembayaran balik melalui insurans perjalanan anda, bergantung pada keadaan anda. Sila hubungi syarikat insurans perjalanan anda untuk maklumat lanjut.

Saya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh penyedia tempatan. Kepada siapakah saya boleh membuat aduan?

Sila e-melkan aduan anda kepada support_activities@airasia.com bersama dengan nombor rujukan tempahan dan aduan yang terperinci. Pasukan khidmat sokongan pelanggan kami akan menghubungi penyedia perkhidmatan tempatan tersebut untuk menyiasat aduan anda, dan dengan sewajarnya, memberikan penyelesaian yang sebaik mungkin.

Bolehkah saya memohon bayaran balik sekiranya saya tidak berpuas hati dengan aktiviti tersebut?

Sila hantarkan e-mel kepada support_activities@airasia.com bersama dengan nombor rujukan tempahan dan pengalaman anda secara terperinci, termasuk apa-apa dokumen sokongan yang membuktikan aduan anda. Pasukan khidmat sokongan pelanggan kami akan menghubungi penyedia perkhidmatan tempatan tersebut untuk menyiasat aduan anda, dan dengan sewajarnya, memberikan penyelesaian yang sebaik mungkin.

Bolehkah saya menerima bayaran balik untuk aktiviti sekiranya saya tidak menyertai aktiviti tersebut?

Harap maklum bahawa ini mungkin menyebabkan anda dikenakan penalti pembatalan dan pindaan yang tinggi. Sila pilih aktiviti perjalanan anda dengan berhati-hati dan baca semua maklumat penting yang terdapat dalam halaman aktiviti dan pautan Terma dan Syarat di bahagian bawah di kebanyakan halaman. Anda mungkin dapat menuntut pembayaran balik melalui insurans perjalanan anda, bergantung pada keadaan anda. Sila hubungi syarikat insurans perjalanan anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah cara untuk memberikan maklum balas mengenai pengalaman saya?

Anda boleh menghubungi kami melalui e-mel di support_activities@airasia.com untuk memberikan maklum balas anda. Bagaimanakah cara untuk menempah aktiviti bagi perjalanan saya yang seterusnya?

Bagaimanakah cara untuk menempah aktiviti bagi perjalanan saya yang seterusnya?

Anda hanya perlu melayari airasia.com/activities dan cari aktiviti kegemaran anda!