FAQ

Pilih FAQ yang tepat untuk soalan anda:

FAQ AirAsia Asean Pass

  1. Apakah itu AirAsia Asean Pass?
    AirAsia Asean Pass merupakan pas perjalanan yang membenarkan tetamu untuk mengawal tambang asas rendah dengan kredit dan menebus penerbangan dengan kredit untuk melancong ke 10 negara Asean - Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia, Myanmar, Thailand, Vietnam, Laos, Kemboja dan Filipina.

  2. Bolehkah saya membeli lebih daripada satu AirAsia Asean Pass?
    Ya, anda boleh membeli lebih daripada satu AirAsia Asean Pass. Seorang tetamu boleh membeli sehingga lima AirAsia Asean Pass pada satu-satu masa.

  3. Bolehkah saya membeli AirAsia Asean Pass untuk orang lain?
    Ya, anda boleh tetapi AirAsia Asean Pass akan disenaraikan di bawah ID keahlian BIG Shot AirAsia anda.

  4. Adakah terdapat sebarang bayaran pemprosesan untuk penebusan melalui AirAsia Asean Pass?
    Tidak, tiada bayaran pemprosesan untuk sebarang penebusan penerbangan menggunakan AirAsia Asean Pass.

  5. Adakah saya dibenarkan untuk menukar penerbangan saya dengan AirAsia Asean Pass?
    Ya, tetamu boleh menukar penerbangan mereka sehingga 48 jam sebelum masa berlepas yang dijadualkan. Walau bagaimanapun, bayaran pertukaran penerbangan akan dikenakan dan perbezaan tambang juga mungkin dikenakan.

  6. Bagaimana jika saya membatalkan penerbangan saya? Adakah saya masih boleh menyimpan jumlah kredit dalam pas saya?
    Setelah penerbangan ditebus dan kredit ditolak, penerbangan yang ditebus tidak boleh dibatalkan. Anda hanya boleh menukar penerbangan anda ke tarikh yang seterusnya, sehingga 48 jam sebelum masa berlepas yang dijadualkan. Bayaran pertukaran penerbangan akan dikenakan manakala perbezaan tambang akan dikenakan bergantung pada kesesuaian.

  7. Bagaimanakah jika kredit saya tidak mencukupi untuk menebus penerbangan? Bolehkah saya menggabungkannya dengan pas lain yang saya ada?
    Kredit dalam setiap AirAsia Asean Pass tidak boleh digabungkan dengan pas lain. Tetamu perlu menggunakan sepenuhnya kredit yang terdapat dalam setiap pas dengan cara menebusnya dengan laluan penerbangan yang sesuai.

  8. Adakah terdapat sebarang bayaran balik untuk pas yang tamat tempoh?
    Tidak, tiada bayaran balik untuk sebarang pas yang tamat tempoh.

  9. Bolehkah saya membawa ke hadapan sebarang kredit yang tidak digunakan dalam pas ke pas yang baharu?
    Kredit dalam satu pas tidak boleh digabungkan dengan pas baharu. Tetamu perlu menggunakan sepenuhnya kredit yang terdapat dalam setiap pas dengan cara menebusnya dengan laluan penerbangan yang sesuai.

  10. Bolehkah saya mendapat tempat duduk dalam mana-mana penerbangan yang ingin saya tebus?
    Penebusan penerbangan adalah terhad dan bergantung pada ketersediaan tempat duduk, ia mungkin tidak terdapat pada setiap penerbangan atau hari, iaitu pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah.

  11. Berapa lamakah tempoh sah untuk AirAsia Asean Pass & AirAsia Asean Pass +?
    Pas anda adalah sah selama 1 tahun bermula dari tarikh pembelian.

  12. Berapa lamakah tempoh sah perjalanan untuk AirAsia Asean Pass saya selepas menebus penerbangan saya yang pertama?
    Jika anda telah membeli AirAsia Asean Pass, anda mesti melengkapkan perjalanan anda dalam tempoh 30 hari bermula dari penerbangan pertama anda. Jika anda telah membeli AirAsia Asean Pass +, anda mesti melengkapkan perjalanan anda dalam tempoh 60 hari bermula dari penerbangan pertama anda.

  13. Bolehkah saya menebus penerbangan yang akan berlepas esok?
    Tidak, setiap penerbangan hendaklah ditebus sekurang-kurangnya 14 hari sebelum perlepasan.

  14. Adakah saya masih boleh mendapat BIG Points jika saya menebus penerbangan saya dengan menggunakan AirAsia Asean Pass & AirAsia Asean Pass +?
    Ya, anda akan mendapat BIG Points apabila pesawat berlepas.

  15. Bolehkah saya mengulangi laluan semasa menggunakan AirAsia Asean Pass & AirAsia Asean Pass +?

    Setiap laluan hanya boleh ditebus sekali dengan menggunakan AirAsia Asean Pass. Contoh yang menggunakan 10 kredit:
  16. MULA Kuala Lumpur AKHIR Kuala Lumpur BANDAR 6 KREDIT 10
    Kuala Lumpur Johor Bahru (1) Ho Chi Minh City (1) Bangkok (1) Singapura (3) Jakarta (1) Kuala Lumpur(3)
    Contoh untuk laluan yang diulangi (tidak dibenarkan):
    MULA Kuala Lumpur AKHIR Kuala Lumpur BANDAR 2 KREDIT 4
    Kuala Lumpur Singapore (1) Kuala Lumpur (1) Singapura (1) Kuala Lumpur (1)
  17. Apakah perbezaan antara AirAsia Asean Pass dan penebusan BIG Points AirAsia?
    Proses penebusan AirAsia Asean Pass & AirAsia Asean Pass + adalah menerusi kredit yang dibeli, manakala proses penebusan BIG AirAsia adalah menerusi BIG Points yang diperoleh daripada tempahan AirAsia.

  18. Bolehkah saya menebus penerbangan yang tarikh perlepasannya adalah lebih awal dari tarikh perlepasan penerbangan pertama yang ditebus?
    Tidak. Tempoh sah perjalanan bagi pas ialah 30 hari (AirAsia Asean Pass) atau 60 hari (AirAsia Asean Pass +), bermula dari tarikh perlepasan penerbangan pertama yang ditebus. Penebusan bagi penerbangan seterusnya yang tarikh atau waktu perlepasannya adalah lebih awal daripada penerbangan pertama yang ditebus atau selepas tempoh sah pas adalah tidak dibenarkan.

    Anda dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda lebih awal dan menebus penerbangan mengikut rancangan perjalanan anda.