Tempahan dan Pembayaran Secara Dalam Talian

Mesej ralat


Anda mungkin menerima beberapa mesej semasa proses penempahan anda. Berikut merupakan mesej ralat yang biasa diterima:
1

Nama tidak sah

Ruangan ‘Nama Pertama’ mestilah tidak mengandungi sebarang simbol.
Anda mungkin telah memasukkan nama yang mengandungi simbol seperti @, ‘, &, -, dll. Sila gunakan hanya abjad Rumi (A – Z) apabila mengisi nama pertama dan nama keluarga anda.
Jika anda tidak mempunyai nama keluarga, sila isikan nama pertama anda di ruangan nama pertama dan juga nama keluarga.

2

Tetamu – Ralat tarikh perjalanan

Sila pastikan supaya tarikh lahir tetamu diisikan dengan betul. Sistem baharu kami akan memproses maklumat tersebut bagi tujuan pengesahan. Tempat duduk adalah untuk kanak-kanak dan dewasa (>2 tahun) manakala tempat duduk bayi adalah untuk bayi berusia di bawah 2 tahun.

Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pembayaran:

Berikut merupakan bahagian yang paling penting. Sila beri perhatian kepada situasi di bawah bagi memastikan anda memahami status pembayaran anda. Ini akan membantu anda mendapatkan tambang rendah!

Situasi


1
Status tempahan: 'Sah'
Nombor tempahan: 'Ya'

cf-myms

Ini bermakna tempahan anda telah berjaya.

Situasi


2
Status tempahan: 'Perlukan Bayaran'
Nombor tempahan: 'Ya'

np-myms

Maaf, ini bermakna pembayaran anda adalah TIDAK berjaya.

Penyelesaian:

Log masuk keUrus Tempahan Saya dalam masa 1 (SATU) jam dan klik pada butang 'Perlukan Bayaran' untuk membuat bayaran sekali lagi.

Tempahan akan disimpan selama 1 jam, jadi sila pastikan anda terus mencuba sehingga pembayaran anda berjaya.

Situasi


3
Halaman ‘Time Out’ dipaparkan selepas saya mengklik pada ‘Bayar’. Ralat masa tamat juga dipaparkan.

Penyelesaian:

Jangan risau. Log masuk ke Urus Tempahan Saya dengan segera dan lihat sama ada tempahan anda telah disimpan di dalam akaun anda. Lihat situasi 1 atau 2 bagi memastikan anda telah melengkapkan pembayaran anda.

Panduan: Sila pastikan anda menyimpan nombor tempahan anda semasa membuat pembayaran sebagai rujukan pada masa hadapan.

Belum menerima jadual perjalanan anda?

Sila semak peti mel sarap atau spam anda untuk melihat sekiranya jadual perjalanan anda terdapat di dalam mana-mana folder tersebut. Jika anda tidak menerima jadual perjalanan, sila berikan nombor tempahan anda kepada pasukan Khidmat Pelanggan kami dan kami akan menghantar semula jadual perjalanan anda. Selain itu, anda juga boleh menghantar semula jadual perjalanan anda melalui Urus Tempahan Saya.

Disebabkan oleh sambutan yang sangat menggalakkan terhadap promosi bermusim kami, penghantaran jadual perjalanan anda melalui e-mel mungkin akan mengambil sedikit masa. Kami sangat berterima kasih atas kesabaran anda.