Hong Kong

Jika anda mendengarkan rentak stabil China, anda akan mendapati Hong Kong adalah bandar yang mempercepatkan denyutannya. Moden, dipenuhi dengan orang dan seni bina, dan dikusakan oleh pengkutan awam yang super ckap, bandar yang hidup untuk makan dipadatkan di dalam satu bandar metropolitan yang menjajikan pengalaman yang berbaloi kepada setiap pengembara.

5 Aktiviti Wajib

Victoria Peak

Victoria Peak

Perjalanan kereta api funikular 45 darjah ke puncaknya adalah perjalanan yang begitu indah dan di puncaknya, satu lagi set tarikan yang menunggu--The Peak Tower, Madame Tussauds Wax Museum, selain pemandangan kaki langit bandar Hong Kong yang mengagumkan.



Avenue Of Stars

Avenue Of Stars

Hollywood Walk of Fame versi Asia ini memperingati industri filem Hong Kong. Bersiar-siar melalui promenad sepanjang 440m yang terdapat plak yang mengandungi cap tangan dan autograf bintang pada masa lalu dan semasa, sembilan tiang merah yang menggambarkan seratus tahun sejarah perfileman, sebuah replika patung anugerah, serta patung lengenda seni mempertahankan diri Bruce Lee.





Hong Kong Disneyland

Hong Kong Disneyland

Penuhi impian zaman kanak-kanak anda dan alami dunia ajaib Disney di Hong Kong Disneyland yang maha luas, dipenuhi dengan tarikan menarik untuk dinikmati oleh semua! Kanak-kanak dan orang dewasa tentu sekali akan menggemari keempat-empat kawasan bertema--Tomorrowland, Main Street USA, Fantasyland dan Adventureland--yang bersedia untuk memenuhi hari anda dengan keterujaan, keseronokan dan tawa riang.



Street shopping

Beli-belah di jalanan

Sebagai salah sebuah syurga beli-belah sebenar di dunia, Hong Kong menawarkan harga istimewa untuk fesyen, aksesori, kosmetik, hiasan dan banyak lagi. Nikmati keseronokan membeli-belah di Ladies Market, Temple Street Market, Stanley Market dan Cat Street. Dipenuhi dengan pelbagai warna dan kehidupan, pasar-pasar ini adalah tempat yang mesti dikunjungi oleh setiap pelancong.





Dim Sum

Dim Sum

Niimatilah kelazatan hidangan dim sum--pilihan kudapan Cina yang mengecurkan dan lazat di dalam bakul bambu yang panas. Cubalah hidangan kegemaran setempat seperti ladu udang, bebola daging dan ban khinzir kukus. Anda boleh mendapatkan dim sum di mana-mana daripada restoran yang eksklusif hingga kepada penjaja di jalanan, dan sepanjang hari!




Ke Dan Dari Lapangan Terbang Antarabangsa

Pengangkutan Ke Ketersediaan Perjalanan Tambang
Kereta api (Ekspres Lapangan Terbang) Stesen Hong Kong Setiap 10-12 minit (Dari 6pg-12pg) 24 minit HKD 100 (sehala)
Bas Pusat bandar dan kawasan sekitar Dari 6pg-12pg 1 jam dan lebih Bermula dari HKD 21-48 (bergantung pada destinasi)
Teksi Pusat bandar Sepanjang hari 45 minit Bermula dari HKD $215

Percutian idaman sedang menanti anda di sini!

Tempah Sekarang
 
Fakta Ringkas

Mata Wang
Dolar Hong Kong (HKD)

Bekalan Elektrik
220V, 50Hz

Bahasa
Kantonis, Mandarin, Inggeris

Zon masa
UTC +8

Kod Telefon
+852

Agama
Buddha, Taois, Kristian, Islam, Confucius

Cuaca

DIS - FEB

Musim sejuk - Dingin
14°C - 18°C
Bawa jaket nipis atau baju sejuk untuk waktu malam yang dingin


MAC - MEI

Musim Bunga - Hujan
25°C - 29°C
Masa terbaik untuk bersiar-siar


JUN - OGO

Musim Panas - Panas dan hujan
26°C - 33°C
Cermin mata dan payung disarankan


SEP - NOV

Musim Gugur - Nyaman
19°C - 30°C
Masa terbaik untuk berjalan-jalan


Check out these other destinations!

Australia

Gold Coast
Melbourne
Sydney

Cambodia

Siem Reap

China

Changsha
Hangzhou
Kunming
Shanghai
Wuhan
Xi'An

Hong Kong

Hong Kong

India

Kochi

Indonesia

Bali
Bandung
Jakarta
Solo
Yogyakarta

Japan

Osaka
Tokyo

Malaysia

Kota Kinabalu
Kuala Lumpur
Kuching
Langkawi
Miri
Penang

Myanmar

Mandalay

Nepal

Kathmandu

Singapore

Singapore

South Korea

Busan

Taiwan

Taipei

Thailand

Bangkok
Chiang Mai
Krabi
Phuket
Surat Thani

Vietnam

Hanoi
Ho Chi Minh City