Kota Kinabalu

Kota Kinabalu, atau lebih mesra dikenali sebagai KK, merupakan ibu negeri Sabah di Malaysia. Bandar pesisir pantai yang menyeronokkan ini kaya dengan sejarah dan tradisi yang menggamit pengunjung tempatan dan asing untuk meneroka dan membongkar rahsia keindahan hutan hujan, ekosistem semula jadi dan terumbunya serta kepelbagaian budayanya. Pendaki tegar dari seluruh pelusuk dunia bertumpu di sini untuk menawan mercu tandanya yang paling terkenal, Gunung Kinabalu, yang megah berdiri setinggi 4095 meter dari aras laut.

5 Aktiviti Wajib

Kinabalu Park

Taman Kinabalu

Pencinta alam dan pendaki tegar pasti kagum melihat syurga botani bergunung-ganang ini, terutamanya Gunung Kinabalu, puncak kelima tertinggi di seluruh Asia Tenggara!



Manukan Island

Pulau Manukan

Kemudahan dan aktiviti sukan air yang hebat serta perairannya yang sangat jernih menjadikan Pulau Manukan begitu memikat bagi mereka yang inginkan percutian pantai yang menyeronokkan! Di sini juga ada denai tinjau alam untuk diterokai serta lokasi yang sesuai untuk mengkaji burung.


Tanjung Aru

Tanjung Aru

Kombinasi sempurna untuk berseronok-seronok dan berehat dalam belaian bayu laut yang dingin dan pasir lembut keemasan. Pantai ini sangat sesak terutamanya pada hujung minggu, dikerumuni penduduk tempatan dan pelancong yang menanti untuk menyaksikan pemandangan indah matahari terbenam.


Mari-Mari Cultural Village

Kampung Budaya Mari-Mari

Di kampung kecil yang indah ini, anda dapat melihat sendiri lima kaum etnik utama di Sabah - Kadazandusun, Bajau, Murut, Rungus dan Lundayeh - menjalani kehidupan seharian seperti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka beratus-ratus tahun dahulu.



Lok Kawi Wildlife Park

Taman Hidupan Liar Lok Kawi

Taman Hidupan Liar Lok Kawi menyediakan potret kehidupan pelbagai hidupan liar dan keindahan semula jadi di sekitar Sabah. Antara binatang yang dipamerkan di sini ialah gajah pigmi Borneo, orang utan, badak sumbu Sumatera serta pelbagai jenis burung yang berwarna-warni.


Perjalanan ke/dari lapangan terbang

Pengangkutan Tempoh Tambang
Bas Mini ke Terminal Wawasan 10 minit RM2
Teksi ke pusat bandar 10 minit RM30

Percutian idaman sedang menanti anda di sini!

Tempah Sekarang
 
Fakta Ringkas

Mata Wang
Ringgit Malaysia (RM)

Bekalan Elektrik
220-240V

Bahasa
Bahasa Malaysia, Inggeris, Hakka, Kantonis, Mandarin

Zon masa
UTC +8

Kod Telefon
+60 88

Agama
Islam, Kristian


Cuaca

DIS - FEB

Musim monsun
23°C - 31°C
Bawa payung sebagai persediaan hari hujan


MAC - MEI

Musim kering
24°C - 32°C
Waktu yang ideal untuk menjelajah pantai dan tempat menarik lain


JUN - OGOS
Musim kering
24°C - 32°C
Cuaca yang baik untuk bersiar-siar di sekitar bandar


SEP - NOV

Musim hujan

22°C - 30°C
Sediakan baju hujan dan
jauhi pantai

Check out these other destinations!

Australia

Gold Coast
Melbourne
Sydney

Cambodia

Siem Reap

China

Changsha
Hangzhou
Kunming
Shanghai
Wuhan
Xi'An

Hong Kong

Hong Kong

India

Kochi

Indonesia

Bali
Bandung
Jakarta
Solo
Yogyakarta

Japan

Osaka
Tokyo

Malaysia

Kota Kinabalu
Kuala Lumpur
Kuching
Langkawi
Miri
Penang

Myanmar

Mandalay

Nepal

Kathmandu

Singapore

Singapore

South Korea

Busan

Taiwan

Taipei

Thailand

Bangkok
Chiang Mai
Krabi
Phuket
Surat Thani

Vietnam

Hanoi
Ho Chi Minh City