Tokyo

Walaupun tiada pertarungan antara raksasa gergasi di sekitar Tokyo, realiti yang dapat dilihat di sini benar-benar seseronok cerita fiksyen televisyen. Selamat datang ke salah sebuah bandar tersibuk di dunia, yang mana gaya hidup cergas di Tokyo serta obsesi yang tidak berubah terhadap trend dan teknologi terkini menjadikannya sebuah bandar paling menarik untuk dikunjungi. Di tengah-tengah kemodenan, wujud pesona tradisional kedesaan Jepun, dengan banyaknya tokong, muzium, dan taman indah menghiasi landskap bandar ini - penuh dengan kacukan sempurna budaya tradisional dan zaman moden.

5 Aktiviti Wajib

Mount Fuji

Gunung Fuji

Litupan ais di puncak gunung yang menjadi mercu Tokyo ini menjanjikan pendakian yang bermakna. Dibina secara terancang dengan stesen dan pondok di sepanjang jalan, pengembara biasanya akan membuat perjalanan pada waktu malam agar sempat melihat matahari terbit dari puncak, untuk dijadikan kenangan sepanjang hayat.



Ueno Park

Taman Ueno

Pada asalnya, ia dibina sebagai tempat persembunyian askar yang mengawal Kuil Kan'ei-ji, tetapi kini taman berlandskap indah ini dihiasi pelbagai tarikan utama seperti Muzium Sains Negara, Muzium Seni Barat, dan Zoo Ueno.



Meiji Shrine

Makam Meiji

Dibina dengan indah daripada kayu sipres dan tembaga sebagai penghormatan kepada raja Jepun yang disayangi, Maharaja Meiji dan permaisurinya Maharani Shoken.  Warga Jepun mempunyai rasa taat setia yang kuat terhadap keluarga diraja, dan makam ini merupakan contoh terbaik yang menggambarkan kecintaan rakyat kepada raja mereka.



Edo-Tokyo Museum

Muzium Edo-Tokyo

Dengan koleksi artifak sejarah yang begitu banyak, Muzium Edo-Tokyo akan membawa anda meneroka zaman silam Jepun dan perkembangannya sehingga ia menjadi salah sebuah bandar paling mantap di dunia. Replika pembinaan penting dari zaman Edo, Meiji dan Showa juga tersimpan di sini.



Harajuku

Harajuku

Pusat sehenti fesyen untuk semua, termasuk yang tidak menggemari fesyen! Cuci mata dengan fesyen jalanan yang unik, atau belilah permainan pelik, koleksi yang jarang ditemui, kasut sniker berjenama terkenal dan banyak lagi. Datanglah pada hari Ahad untuk menyaksikan fesyen jalanan Harajuku yang terkenal dan peragaan busana yang luar biasa.


Perjalanan ke/dari lapangan terbang

Pengangkutan Ke Tempoh Tambang

Keretapi
(Ekspres Berhad Laluan Lapangan Terbang Keikyu)

Shinjuku (tukar melalui Shinagawa) 40 minit 560 Yen
Bas (Bas Limousin Lapangan Terbang) Shinjuku 45 minit 1200 Yen
Teksi Pusat bandar Tokyo 30 - 45 minit Bermula daripada
8,000 Yen

Percutian idaman sedang menanti anda di sini!

Tempah Sekarang
 
Fakta Ringkas

Mata Wang
Yen Jepun (JPY)

Bekalan Elektrik
100V 50Hz

Bahasa
Bahasa Jepun, Inggeris

Zon masa
UTC +9

Kod Telefon
+81

Agama
Shinto

Cuaca

DIS - FEB

Musim Sejuk
5°C - 15°C
Bawa kot musim sejuk. Atau dapatkan kot bergaya dari Harajuku.


MAC - MEI

Musim Bunga
12°C - 20°C
Waktu yang sesuai untuk bersiar-siar asalkan anda memakai jaket nipis.


JUN - OGOS

Musim Panas
25°C - 30°C
Bawa cermin mata hitam dan minum banyak air.


SEP - NOV

Musim Luruh
20°C - 25°C
Bersedia menghadapi hari hujan. Bawa payung.

Check out these other destinations!

Australia

Gold Coast
Melbourne
Sydney

Cambodia

Siem Reap

China

Changsha
Hangzhou
Kunming
Shanghai
Wuhan
Xi'An

Hong Kong

Hong Kong

India

Kochi

Indonesia

Bali
Bandung
Jakarta
Solo
Yogyakarta

Japan

Osaka
Tokyo

Malaysia

Kota Kinabalu
Kuala Lumpur
Kuching
Langkawi
Miri
Penang

Myanmar

Mandalay

Nepal

Kathmandu

Singapore

Singapore

South Korea

Busan

Taiwan

Taipei

Thailand

Bangkok
Chiang Mai
Krabi
Phuket
Surat Thani

Vietnam

Hanoi
Ho Chi Minh City