AirAsia tawar tambang rendah sempena sambutan Jubli Emas Asean

SEPANG, 6 OGOS 2017

Airasia Tawar Tambang Rendah Sempena Sambutan Jubli Emas Asean

Terbang bersama syarikat penerbangan terbaik dunia ke 10 negara Asean bermula dari RM50*

AirAsia meraikan sambutan ulang tahun Asean ke-50 dengan tambang rendah ke semua destinasi dalam rangkaiannya di rantau ini.

Terokai seluruh Asean atau destinasi-destinasi berdekatan seperti dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Johor Bahru, Pulau Pinang, Medan, Kalibo, Sihanoukville, Phnom Penh dan banyak lagi bermula dari RM50*.

Tawaran tersebut adalah bersempena dengan Hari Asean esok, yang mana tertubuhnya Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada 8 Ogos 1967.

Untuk menikmati tawaran ini, tempahan boleh dibuat di airasia.com atau menggunakan aplikasi mudah alih AirAsia dari 7 hingga 13 Ogos 2017 untuk tempoh perjalanan dari 7 Ogos hingga 8 Februari 2018 ke mana-mana destinasi di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Kemboja, Myanmar, Laos atau Vietnam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Selama 50 tahun, Asean telah menyuntik semangat perpaduan. Sebagai sebahagian daripada komuniti Asean, kami ingin menjulang semangat itu dan berharap tambang rendah yang ditawarkan akan membawa lebih ramai rakyat di negara-negara Asean menerokai rantau ini yang sinonim dengan kediaman kita.”

AirAsia berbangga menjadi syarikat penerbangan Asean. Dengan operasi di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina, AirAsia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan terus ke semua 10 buah negara ASEAN. AirAsia juga menawarkan AirAsia Asean Pass yang membolehkan para tetamu melancong ke semua negara ASEAN pada kadar tetap dengan tempoh penerbangan hingga 60 hari.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.