Kumpulan AirAsia luaskan jaringan penerbangan ke China

SHANTOU, 25 MAC 2016

Chine-1
  • Penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Shantou, China mencatat kapasiti penumpang 100%
  • Thai AirAsia umumkan destinasi baru Bangkok ke Shantou

Kumpulan AirAsia mengadakan sidang akhbar bersama di Bandar Shantou hari ini bagi meraikan kejayaan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur dan juga melancarkan laluan Bangkok ke Shantou, mengukuhkan lagi jaringan penerbangan syarikat penerbangan itu ke China.

Penerbangan AK 142 dari Kuala Lumpur tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jieyang Chaoshan di Shantou harini dengan muatan penumpang penuh dengan kapasiti 180 tempat duduk. Laluan ini dioperasikan secara eksklusif oleh AirAsia Berhad dengan penerbangan empat kali seminggu.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad antara tetamu yang terbang bersama penerbangan sulung ini dari Kuala Lumpur mewakili kumpulan AirAsia di sidang akhbar yang turut disertai oleh En. Chen Dong, Datuk Bandar Jieyang, En. Muzambli Markam, Konsul Jeneral Malaysia di Guangzhou, En. Santi Sawangcharoem, Pengarah Pelancongan Thailand di Guangzhou, En. Qu Qiren, Timbalan Setiausaha Ahli Lembaga Pelancongan Guagzhou, Mr. Wen Wenxing, Pengurus Besar Lapangan Terbang Guangdong dan Mr. Guo Dajie, Pengurus Besar Lapangan Terbang Antarabangsa Jieyang Chaoshan.

Pada majlis berkenaan Thai AirAsia telah mengumumkan pelancaran laluan baru dari Bangkok Ke Shantou. Laluan ini Alan menghubungkan warga Thai berketurunan TeoChew dengan perkampungan asal keluarga mereka dan juga memberi peluang untuk rakyat Thai meneroka sebuah lagi bandar baru di China. Laluan baru Thai AirAsia ini akan mula beroperasi pada 27 Mei 2016.

Permulaan laluan terus dari Kuala Lumpur ke Shantou dan pengumuman laluan Bangkok Ke Shantou menjadikan Shantou sebagai destinasi ke 19 di China bagi Kumpulan AirAsia.

Aireen Omarberkata, “Kami berasa bangga menjadi satu satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Shantou. Secara kumpulan, kami telah membawa lebih 33 juta tetamu ke dan dari China dalam tempoh 10 tahun ini dan kami yakin dengan penambahan laluan ini kami akan terus maju sebagai syarikat syarikat penerbangan asing terbesar yang beroperasi di China dari segi kapasiti.”

Tassapon Bijleveld, Ketua Pegawai Eksekutif Thai AirAsiaberkata, “Shantou adalah bandar di bahagian Tenggara China yang mempunyai hubungan yang berkait rapat dengan penduduk Thai berketurunan Cina kerana ianya adalah tempat asal bagi penduduk bangsa Teochew yang berhijrah ke Thailand. Kebanyakan tempat pelancongan di Bandar Shantou dikenali warga Thai seperti Tiger God Shrine, Ruby Goddess Shrine dan juga Tai Hong Kong Shrine, tempat lahirnya Yayasan Poh Teck Tung, Thailand. Persamaan dari segi makanan juga menyakinkan kami penambahan laluan Bangkok – Shantou akan dapat mengeratkan lagi Thailand dan bandar ini.

En. Chen Dong, Datuk Bandar Jieyang berkata "Chaoshan, di mana terletaknya Shantou terkenal sebagai kampung halaman bagi masyarakat Cina yang menetap seberang laut. Bandar Jieyang, Malaysia dan Thailand sememangnya mempunyai ikatan yang rapat antara satu sama lain. Shantou - laluan baru dari Kuala Lumpur adalah laluan terus yang pertama menghubungkan kawasan Chaoshan dan Malaysia serta Thailand. Kami memberi sokongan sepenuhnya kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Jieyang Chaoshan untuk membuka laluan yang lebih banyak. Selain itu, kami amat mengalu-alukan AirAsia untuk membuka lebih banyak lagi laluan menghubungkan Chaoshan ke Asia Tenggara, sekaligus dapat mengeratkan lagi penduduk dari Chaoshan, Malaysia dan Thailand.”

Bagi meraikan kejayaan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur, AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua dari serendah RM179* sehala, sedia ditempah mulai sekarang hingga 3 April 2016 untuk tempoh perjalanan dari 1 April 2016 sehingga 31 August 2016. Tambang promosi ini boleh didapati untuk tempahan secara online di airasia.com dan juga melalui Aplikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone dan Android.

Tetamu dari Shantou kini boleh menikmati pilihan perkhidmatan Fly-Thru untuk menyambung penerbangan dengan bagasi yang didaftar masuk terus ke destinasi akhir tanpa perlu melalui imigresen di hab transit. Perkhidmatan pilihan ini membolehkan tetamu bergerak lancar di antara semua bandar-bandar Asia dan Australia, seperti dari Shantou ke Sydney melalui Kuala Lumpur.

Terletak di wilayah Pantai Timur Guangdong, Shantou merupakan salah satu kampung halaman utama masyarakat Cina yang menetap di luar negara. Kawasan pantai dan suasana laut subtropika menyediakan pelbagai tarikan pelancongan yang menarik. Pulau Nan Ao, Teluk Qing Ao, Lotus Peak, Queshi Scenic Spot, bekas kediaman Chen CiHong, Menara Simbolik Tropic of Cancer, Taman Zhongshan dan Rainbow Shadows in the Harbour secara kolektifnya dikenali sebagai Eights Sights of Shantou yang perlu dikunjungi pelancong.

Kawasan pergunungan yang indah, pantai dan pulau-pulau yang menarik, bersama-sama dengan pemandangan yang mendamaikan mengelilingi pelabuhan, membentuk suasana yang menakjubkan dan menarik terutamanya untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan bandar.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).


Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Shantou, China (SWA)
No. Penerbangan Dari Ke Berlepas Ketibaan
Kekerapan
AK 142 KUL SWA 1050hrs 1510hrs
Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad
AK 143 SWA KUL 1555hrs 2030hrs
Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad

Jadual Penerbangan bagi Bangkok, Thailand (DMK) – Shantou, China (SWA)
No. Penerbangan Dari Ke Berlepas Ketibaan
Kekerapan
FD850 DMK SWA 0620hrs 1030hrs
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad
FD851 SWA DMK 1115hrs 1340hrs
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad

*Tambang termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.