AirAsia meningkatkan perkhidmatan ke Maldives dengan penambahan kekerapan penerbangan dan tambang promosi hanya dari RM199* sehala

SEPANG, 8 JANUARI 2018

AirAsia meningkatkan operasinya ke Maldives dengan pelancaran perkhidmatan tambahan yang akan dikendalikan oleh syarikat sekutunya AirAsia X, sebagai tambahan kepada penerbangan harian yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia.

AirAsia X akan mengendalikan perkhidmatan tambahan Kuala Lumpur-Malé sebanyak empat kali seminggu di bawah kod syarikat penerbangan D7 yang menggunakan pesawat Airbus A330-300, bersamaan dengan penambahan sebanyak 156,000 tempat duduk setahun, dari 6 Februari 2018. Tambang promosi dari serendah RM199* untuk penerbangan tambahan ini dan semua penerbangan ke Maldives boleh didapati di airasia.com dari hari ini sehingga 14 Januari 2018 bagi tempoh penerbangan dari sekarang sehingga 6 Mei 2018. Tetamu yang terbang bersama AirAsia X juga boleh menempah tempat duduk Premium Flatbed hanya dari RM699* bersama promosi ini.

Ketua Komersial AirAsia X, Barry Klipp berkata, “Sebagai satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan terus tanpa-henti dari Kuala Lumpur ke Maldives, syarikat sekutu penerbangan jarak dekat kami AirAsia telah menyaksikan pertumbuhan luar biasa bagi laluan ini sejak sejak mereka memulakan operasi laluan ini. AirAsia juga telah menambah kapasiti tempat duduknya sebanyak 130 peratus pada awal tahun lepas apabila kekerapan penerbangan meningkat dari tiga hingga tujuh penerbangan setiap minggu.

“Walaupun dengan adanya penambahan kapasiti ini, kami mendapati permintaan kian bertambah dan kami berharap dengan adanya perkhidmatan tambahan ini yang menawarkan kapasiti yang lebih besar dengan menggunakan pesawat A330 kami, ianya akan dapat memenuhi permintaan ini dan terus mendominasi pasaran di Maldives.”

AirAsia kini mengendalikan penerbangan harian menghubungkan Kuala Lumpur dan Malé, ibu negara Maldives, dengan menggunakan pesawat Airbus A320 dengan kapasiti sebanyak 180 dan 186 tempat duduk. AirAsia X akan mengendalikan laluan yang sama bermula 6 Februari 2018 menggunakan pesawat Airbus A330-300 dengan kapasiti sebanyak 377 tempat duduk, termasuk 12 tempat duduk Premium Flatbed. Ini akan membawa jumlah penerbangan mingguan kepada 11 kali dengan kapasiti tahunan sebanyak 287,000 tempat duduk antara kedua-dua negara. Pada tahun 2017, AirAsia Malaysia telah membawa lebih daripada 106,000 tetamu antara Kuala Lumpur dan Maldives.

Para tetamu AirAsia kini akan mempunyai lebih banyak pilihan penerbangan dengan sambungan rangkaian lebih baik ke Maldives dari destinasi - destinasi seperti Guangzhou, Manila, Seoul, Melbourne dan lain-lain melalui perkhidmatan Fly-Thru dengan satu perhentian di Kuala Lumpur.

Mereka yang mencari percutian mewah yang berpatutan sambil menikmati keselesaan tambahan juga boleh memilih tempat duduk Premium Flatbed hanya dari RM699* sehala sepanjang tempoh promosi ini. Di samping tempat duduk boleh baring, tetamu tempat duduk Premium Flatbed juga boleh menikmati produk dan perkhidmatan premium secara percuma seperti perubahan penerbangan tanpa had, pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan menaiki pesawat, keutamaan bagasi, laluan imigresen istimewa di lapangan terbang terpilih, elaun bagasi sebanyak 40kg, makanan dan minuman percuma, bantal dan duvet, tablet hiburan dalam pesawat ‘Xcite’ serta akses Premium Red Lounge di klia2.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia)

*Tambang termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

** Operasi akan bermula pada 6 Februari 2018

Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) ke Malé, Maldives (MLE)

No. Penerbangan
Dari Ke Perlepasan Ketibaan Jadual Penerbangan
AK 72 KUL MLE 1855hrs 2010hrs Mon, Tue, Wed, Thu, Fri, Sat, Sun
D7 178 KUL MLE 0840hrs 0955hrs Tue, Wed, Fri, Sat **
AK 73 MLE KUL 2055hrs 0425hrs Mon, Tue, Wed, Thu, Fri, Sat, Sun
D7 179 MLE KUL 1110hrs 1840hrs Tue, Wed, Fri, Sat **

Nota: Waktu ketibaan/berlepas adalah waktu tempatan di destinasi masing-masing.