Penerbangan sulung AirAsia X berlepas ke Tehran!

SEPANG, 22 JUN 2016

AirAsia-X-Tehran-Inaugural-Flight

Penerbangan sulung AirAsia X D7 776 berlepas petang semalam ke ibu negara Iran, Tehran dari Kuala Lumpur dengan tiga kali penerbangan setiap minggu.

Arik De, Ketua Komersil AirAsia X Berhad bersama-sama dengan ahli pengurusan yang lain turut berada di pintu pelepasan untuk menghantar para tetamu yang berlepas menaiki penerbangan sulung itu. Tetamu turut diraikan dengan pelbagai aktiviti dan diberi hadiah untuk meraikan penerbangan sulung tersebut.

Mengulas mengenai penerbangan sulung AirAsia X ke Tehran, Arik De berkata, "Kami amat gembira melihat tetamu yang menaiki penerbangan sulung ke Tehran turut teruja seperti kami! Kami yakin bahawa laluan baru ini akan merangsang permintaan pelancongan dan akan meningkatkan pelancongan dan potensi perniagaan kedua-dua negara. Iran juga adalah pasaran yang besar untuk diterokai dan kami berharap untuk menambah destinasi kami di rantau ini, dan memastikan rakyat Malaysia dan lain-lain warganegara ASEAN boleh terbang dengan lebih jauh bersama kami! "

“Permulaan laluan ini bertepatan pada masa ini kerana ianya melengkapkan rangkaian penerbangan kumpulan syarikat penerbangan yang semakin meningkat di Kuala Lumpur, di mana sambungan penerbangan ke negara-negara ASEAN, China dan Australia dapat dioptimumkan dengan tambahan destinasi baru dan frekuensi yang telah diperkenalkan untuk penerbangan jarak pendek dan rangkaian jarak jauh kami," tambah Arik

Berlatar belakangkan banjaran gunung Alborz, bandar Tehran adalah ibu negara Iran yang berkembang pesat dengan kepadatan penduduk seramai 14 juta orang. Bandar kosmopolitan ini menempatkan banyak muzium yang hebat, taman dan restoran-restoran tempatan yang menakjubkan. Menara Milad, menara terkemuka di Tehran dengan ketinggian 435 meter adalah menara tertinggi di Iran, sesuai bagi mereka yang ingin melihat pandangan bandaraya tersebut. Manakala Menara Azadi bersejarah yang dibina pada tahun 1971 akan membuat para pelancong berasa kagum dengan 8,000 blok marmar yang bercahaya di bawah lampu khas pada waktu malam dan merupakan salah satu daripada simbol-simbol negara Tehran.

Sebuah lagi senibina menarik di bandar Tehran yang harus dikunjungi adalah tapak Warisan Dunia UNESCO Golestan Palace. Ia adalah sebahagian daripada bekas kompleks Diraja dari zaman Qajar yang merangkumi Istana dan Muzium, dihiasi dengan ukiran marmar dan dewan yang dihiasi cermin.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktivit terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Tehran, Iran (IKA)

No. Penerbangan Dari Ke Berlepas Tiba
Jadual Penerbangan
D7 776 KUL IKA 1905 hrs 2340 hrs Selasa, Khamis, Ahad
D7 777 IKA KUL 0105 hrs 1245 hrs Isnin, Rabu, Jumaat
Nota: Waktu ketibaan/berlepas adalah waktu tempatan di destinasi masing-masing.