Alami Tempat Duduk Flatbed Premium Terbaik Dunia dengan AirAsia X dari hanya RM718*

Sedia ditempah di www.airasia.com mulai sekarang sehingga 7 Ogos 2016 bagi perjalanan bermula 4 Jan hingga 21 Ogos 2017

SEPANG, 26 JULAI 2016

AirAsia X, pemenang "Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia" dan “Tempat Duduk Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia" di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax mengumumkan promosi khas untuk tempat duduk Premium Flatbed dengan tambang termasuk semua dari serendah RM718* sehala bagi meraikan kemenangannya untuk 4 tahun berturut-turut.

AirAsia X adalah syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh yang pertama mengenalkan tempat duduk Premium Flatbed, dengan standard spesifikasi kelas bisnes 20” lebar, 60” memanjang dan boleh terus dipanjangkan ke 77” pada posisi penuh berbaring.

Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad berkata, "Penganugerahan sebagai ‘Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia’ dan ‘Tempat Duduk Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia’ selama empat tahun berturut-turut oleh Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax adalah satu bukti yang kukuh untuk rangkaian produk premium kami, yang merangkumi produk kebanggaan kami – Premium Flatbed yang mendapat sambutan yang amat menggalakan sejak diperkenalkan. Kami gembira tetamu kami telah memilih Premium Flatbed sebagai tempat duduk Premium terbaik di dunia bagi syarikat penerbangan tambang murah. Ini merupakan produk mewah dengan harga yang berpatutan di mana para tetamu boleh menikmati keselesaan tambahan, bersama-sama dengan faedah seperti hidangan dan minuman percuma, selimut, peruntukan bagasi 40 kg, fleksibiliti untuk menukar penerbangan mereka dan banyak lagi. "

"Melalui promosi ini, para tetamu boleh terbang ke Xi'An, Taipei dan Nepal dengan tempat duduk Premium Flatbed dari tambang termasuk semua dari serendah RM718* sehala; ke Perth dari RM768* sehala; dan Tehran, Hangzhou dan Shanghai, China dari hanya RM898* sehala. Jangan terlepas tawaran hebat ini dan kami berharap semua orang akan menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan apabila anda menempah tempat duduk Premium Flatbed untuk pengalaman pelancongan yang dipertingkatkan," tambah Benyamin.

Promosi tersedia untuk ditempah melalui airasia.com mulai sekarang hingga 7 Ogos 2016 bagi perjalanan dari 4 Januari sehingga 21 Ogos 2017. Selain itu, tambang promosi boleh juga didapati di aplikasi mobile AirAsia di iPhone dan Android serta tapak mudah alih mobile.airasia.com.

AirAsia X Premium Flatbed mempunyai ciri-ciri soket kuasa universal, headrests boleh laras dan utility terbina seperti dulang, pemegang minuman, cahaya untuk membaca dan skrin privasi. Tetamu yang menempah kerusi Premium Flatbed juga boleh menikmati produk premium percuma produk dan perkhidmatan termasuk Daftar Masuk Prioriti, keutamaan menaik, peruntukan bagasi 40kg, makanan percuma serta bantal dan selimut.

Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia)

* Promosi tambang termasuk semua ialah bagi perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.