Mauritius kini sebahagian daripada rangkaian laluan luas AirAsia X

KUALA LUMPUR, 25 MEI 2016

AAX-Mauritius-Launch
  • AirAsia X satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan tanpa henti di antara Kuala Lumpur dan Mauritius, dengan penerbangan 3 kali seminggu bermula 4 Oktober 2016*
  • Tambang termasuk semua dari serendah RM299 ** sehala sedia ditempah mulai 26 Mei hingga 5 Jun 2016

AirAsia X menambah satu lagi destinasi iaitu Mauritius, ke dalam rangkaian laluannya. Penerbangan tanpa henti dari Kuala Lumpur ini akan beroperasi tiga kali seminggu bermula 4 Oktober 2016*.

Destinasi baru ini akan menggunakan pesawat Airbus A330-300 dengan kapasiti sebanyak 377 tempat duduk termasuk 12 tempat duduk Premium Flatbed. Laluan ini menandakan destinasi Kumpulan AirAsia X yang ke-22 di seluruh rangkaian laluannya.

Tuan Yang Terutama En. Issop Patel, Pesuruhjaya Tinggi Mauritius ke Malaysia melancarkan destinasi baru tersebut pada sidang akhbar hari ini bersama Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X dan Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad. Tambang termasuk semua dari serendah RM299 ** sehala untuk tempat duduk biasa, dan dari RM999** sehala untuk tempat duduk Premium Flatbeds juga telah dilancarkan semasa acara tersebut, tambang promosi ini sedia untuk ditempah dari 26 Mei hingga 5 Jun 2016..

Tambang promosi ini boleh didiapati secara online di airasia.com serta di aplikasi mudah alih AirAsia untuk iPhone dan Android dan juga melalui mobile.airasia.com. Tempoh perjalanan untuk promosi ini adalah dari 4 Oktober 2016 * sehingga 22 Mei 2017.

Benyamin Ismail berkata, "Di AirAsia X, hasrat kami adalah untuk memberi peluang kepada semua orang untuk terbang dengan tambang yang amat berpatutan. Kami berasa amat berbangga menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan terus tanpa henti ke laluan ini. Mauritius merupakan tambahan kepada senarai penerbangan tanpa henti kami dari Kuala Lumpur dan kami yakin bahawa pengumuman laluan ini pasti akan merangsangkan pasaran, terutamanya di Malaysia. Selain itu, jadual penerbangan ke Mauritius adalah yang terbaik bagi menghubungkan antara Mauritius ke semua destinasi di rangkaian luas di Asia dan Australasia dengan perkhidmatan FlyThru kami."

Arik De, Ketua Komersil AirAsia X Berhad menambah, "Mauritius adalah destinasi permulaan untuk rakyat Malaysia yang ingin menerokai keindahan di Afrika – dari Cape Town yang indah ke Namibia, Madagascar dan Botswana yang eksotik."

Terletak di pantai Tenggara benua Afrika, Mauritius dahulunya adalah pulau gunung berapi dan kini terkenal dengan keindahan kawasan pantai dengan pasir putih, iklim sub-tropika serta keindahan persisiran pantai Lautan Hindi. Para tetamu boleh memilih untuk berehat di Belle Mare, pantai terpanjang di Mauritius sambil menghirup jus tebu segar, atau melakukan aktiviti selaman skuba kerana pulau ini terkenal dengan keindahan bawah air yang sangat baik dan suhu panas yang menarik pelbagai hidupan laut. Jika anda inginkan aktiviti yang lebih mencabar, bolehlah merasai pengalaman Underwater Walk, berjalan di dasar lautan dengan menggunakan sebuah helmet oksigen.

Untuk mempelajari budaya dan sejarah, tetamu boleh menuju ke ibu kota Mauritius,Port Louis yang menawarkan pelbagai jenis Tugu Peringatan penjajah atau ke Grand Bassin, di mana terletaknya patung Shiva yang kedua terbesar di dunia di pintu masuk ke tasik kawah semulajadi di kawasan pergunungan. Di Mauritius, tetamu akan disambut dengan pelbagai kumpulan etnik di negara ini, dan dapat menikmati kepelbagaian makanan yang lazat dan pelbagai perayaanperayaan kebudayaanyang disediakan sepanjang tahun. Pulau tropika ini sesungguhnya adalah destinasi percutian sepanjang tahun yang menghoskan banyak perkara menarik dan pada masa yang sama menangani keperluan semua jenis pelancong seperti pengembaraan, berbulan madu, percutian keluarga, atau pelancong perseorangan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

* Penerbangan sulung adalah tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa

**Promosi tambang termasuk semua adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual Penerbangan Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Mauritius (MRU)

No. Penerbangan Dari Ke Berlepas Tiba
Kekerapan
D7 006 KUL MRU 1025 hrs 1325 hrs Selasa, Jumaat, Ahad
D7 007 MRU KUL 0255 hrs 1420 hrs Isnin, Rabu, Sabtu
Nota: Waktu ketibaan/berlepas adalah waktu tempatan di destinasi masing-masing.