Beli banyak lebih jimat dengan AirAsia!

SEPANG, 30 JULAI 2017

Beli Banyak Lebih Jimat Dengan Airasia!

Ingin berjimat untuk melancong bersama keluarga dan rakan-rakan? Kini anda boleh dengan kempen Beli Lebih, Jimat Lebih AirAsia!

Nikmati diskaun hingga 45 peratus bila anda melancong secara berkumpulan dalam tempahan yang sama.* Terbang dengan lebih jimat dari Kuala Lumpur ke Sydney, Gold Coast, Beijing, Hangzhou dan banyak lagi dengan penerbangan AirAsia X serta dari Kuala Lumpur ke Shantou, Tiruchirappalli, Pekanbaru, Kalibo, Pattaya, Alor Setar, Sibu, Johor Bahru, Langkawi, dan lain-lain dengan penerbangan AirAsia. Lebih ramai dalam tempahan berkumpulan, lebih banyak penjimatan! Usah risau untuk anda yang melancong secara bersendirian, kerana anda juga boleh menikmati diskaun tersebut.

1 tetamu - diskaun 15% ● 2 tetamu - diskaun 25% ● 3 tetamu - diskaun 35% ● 4 hingga 9 tetamu - diskaun 45%.

Promosi ini juga merangkumi destinasi baharu kami seperti Kuala Lumpur-Sihanoukville, Langkawi- Shenzen dan Langkawi-Kuching, yang akan bermula pada 9 Ogos 2017 jadi anda boleh menerokai tempat baharu dengan tambang yang lebih jimat. Bukan itu sahaja, jika anda menempah penerbangan Fly-Thru atau Premium Flatbed AirAsia X yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan, anda juga dapat menikmati diskaun sebanyak 20 peratus.

Untuk menikmati promosi ini, tempah di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia dari 31 Julai 2017 hingga 6 Ogos 2017 untuk penerbangan dari 26 Februari hingga 28 Ogos 2018.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata, “Promosi ini tersedia untuk semua. Sama ada anda melancong secara berkumpulan atau bersendirian, kami akan membawa anda ke destinasi yang ingin dituju dengan lebih jimat. Semestinya dengan kempen Beli Lebih, Jimat Lebih, lagi ramai yang anda bawa, lebih jimat tambangnya, jadi melanconglah beramai-ramai!”

Para tetamu juga boleh menikmati penerbangan penuh faedah apabila anda menempah Pek Nilai yang kini disertakan dengan insurans perjalanan. Pek tersebut disertakan dengan 20kg bagasi berdaftar, hidangan percuma, pilihan tempat duduk biasa, Insurans Perlindungan Perjalanan Tune yang merangkumi Jaminan 1 Jam Tepat Masa dan Kelewatan Bagasi**.

AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, dengan rangkaian perkhidmatan meliputi lebih 120 destinasi di Asia, Australia dan New Zealand, Timur Tengah serta Amerika Syarikat.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Diskaun berbeza mengikut destinasi dan tertakluk kepada ketersediaan penerbangan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Perlindungan tersebut hanya sah untuk semua penerbangan terus yang berlepas dari negara-negara tertentu. Ia tidak sah untuk Fly-Thru, pemindahan pulau dan bandar. Sila ambil perhatian bahawa ia juga tidak sah untuk penerbangan antara Kuala Lumpur dan Auckland / Honolulu / Dhaka. Untuk Jaminan 1 Jam Tepat Masa, setiap tetamu akan menerima bayaran sebanyak RM100 untuk penangguhan melebihi 1 jam dari waktu berlepas asal yang dijadualkan dan bagi perlindungan Kelewatan Bagasi, setiap tetamu akan menerima bayaran sebanyak RM120 untuk kelewatan 6 jam dan seterusnya (hingga RM360) dari waktu ketibaan yang dijadualkan sehingga bagasi diterima.