Hidangan Kombo Santan

landing-page-combo-meal-spiral-myms

Pra-tempah makanan anda sebelum terbang ada banyak kelebihan yang tersendiri! Hidangan Kombo Santan kami yang baru dilancarkan menyediakan tetamu dengan penjimatan yang lebih besar serta kebolehan untuk memilih dan menjamin Hidangan Panas kegemaran anda dari pelbagai pilihan. Semua Hidangan Panas pra-tempahan termasuk satu minuman pilihan percuma: air mineral atau kopi.

Makanan menyatukan kita, dan kami membawa ragam cita rasa Asean yang menyelerakan melalui Hidangan Kombo Santan pada nilai yang hebat! Pra-tempah Hidangan Kombo kegemaran anda sekarang dan tidak lagi terbang dalam kelaparan.


Makanan Terbaru Santan

 Pasta Spiral dengan Sosej Ayam

Pasta Spiral dengan Sosej Ayam

Pasta dengan sos tomato berkrim, disajikan bersama sosej ayam dan sayur-sayuran. Hidangan yang enak dan mengenyangkan ini pastinya dapat memenuhi selera semua, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa!

Maklumat Alergen: Gluten, Produk tenusu, Soya
*Hanya tersedia untuk pratempahan

 Stew Sayuran dengan Nasi Pilaf (V)

Stew Sayuran dengan Nasi Pilaf (V)

Nikmati keenakan stew sayuran pekat dengan rasa barbeku. Disajikan bersama nasi pilaf yang dimasak menggunakan rempah-ratus yang harum. Sesuai untuk Jain.

Maklumat Alergen: Gluten


Rujuk kepada jadual berikut untuk harga pra-tempahan berdasarkan kepada penerbangan anda:

Penerbangan Harga
AK MYR 10
FD THB 120
QZ IDR 36,900
I5 INR 220 
Z2 PHP 180
D7 MYR 15
XJ THB 150

Terma dan Syarat

  1. Penyediaan makanan, harga pra-tempah dan harga di dalam pesawat boleh berbeza mengikut kod pembawa penerbangan.
  2. Harga dalam jadual di atas adalah sah untuk makanan pra-tempah sahaja dan tertakluk kepada perubahan mengikut kadar pertukaran mata wang.
  3. Kopi hanya disediakan untuk penerbangan lebih daripada 90 minit.
  4. Tawaran dan syarat-syarat tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
  5. Harga yang ditunjukkan di atas adalah tidak termasuk sebarang GST, VAT atau cukai penggunaan lain yang dikenakan dan jika diperlukan oleh undang-undang.